BlogList Malaysia

Selatan Online

Himpunan Blogger Rakyat Johor

Posted by Unknown on 14 Oktober 2011 | 0 komen pembaca



"Bersatu, Bergerak Berjuang"

Sehingga hari ini, telah banyak organisasi dan orang perseorangan menghubungi pihak kami di Sekretariat bertanyakan mengenai program Bengkel Penulisan & Kewartawanan. Terima kasih kami ucapkan.

Bahkan ada yang bertanyakan tentang program anjuran Pakatan Rakyat yang semakin banyak di Johor kebelakangan ini. Untuk makluman, semenjak Mac 2008 hingga awal 2010, Pakatan Rakyat Johor telah menganjurkan lebih 1000 program.

Namun, oleh kerana kurangnya pendedahan dan kemahiran merakam dan mendokumentasi, maka arkib, tentatif program dan gambar-gambar bukti kejayaan program jarang kelihatan.

Ratusan ribu anak-anak Johor di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, di Kelantan bahkan di luar negara terpinga-pinga tidak tahu apa yang berlaku di kampung halaman mereka, iaitu negeri Johor tercinta kita ini.

Mereka juga tidak tahu perbahasan-perbahasan dan isu-isu yang dibangkitkan wakil-wakil rakyat Johor di Parlimen mahu pun dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor, sama ada dari Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat.

Jadi, adalah menjadi tugas kita memberi maklumat dan melapor keadaan sebenar yang berlaku. Tambahan pula media massa arus perdana memang sengaja melenyapkan berita-berita agar kepincangan pentadbiran disembunyikan.

Sebagai contoh, ada anak-anak Johor sehingga hari ini yang masih tidak tahu tragedi perobohan rumah-rumah kampung di Kampung Baru Plentong Tengah dan Kampung Kempas Denai di Johor Bahru.

Begitu juga ribuan aduan permasalahan rakyat di Johor yang tidak pernah dilaporkan. Apakah dengan tiadanya laporan, maka tidak ada kepincangan berlaku?

Insaf atas perkara ini, Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor melalui Bengkel Penulisan & Kewartawanan akan melatih anda untuk merakam, melapor dan mendokumentasi peristiwa-peristiwa ini untuk rakaman sejarah buat tatapan anak cucu kita di masa hadapan

Semoga segala usaha baik kita ini untuk mengembalikan martabat rakyat dan menjunjung amanah dipermudahkanNya.

Butiran program :

Tempat : Family House, Rumah Kedai Taman Maju, No 10A Taman Maju, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 15 hb Oktober2011 (Sabtu)
Masa : 10.00 am hingga 6.00 pm
Penganjur : Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor

Cara ke lokasi :

Dari Kuala Lumpur & Johor Bahru :
- Keluar exit Lebuh Raya PLUS (Ayer Hitam, Kluang, Batu Pahat)
- Dari Tol Ayer hala ke arah Batu Pahat
- Selepas 10 kilometer akan melalui simpang empat utama pekan Parit Raja (Bangunan Umno Sri Gading di sebelah kanan)
- Lepasi lampu isyrat itu dan lihat di kiri ada Petronas (Sebelah kanan ialah Taman Maju)
- Bendera KEADILAN dan PAS akan digantung dihadapan bangunan sebagai tanda lokasi

Dari arah Batu Pahat :
- Masuk ke Jalan Kluang dan menghala ke Ayer Hitam
- Kira-kira 15 kilometer akan melepasi Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di sebelah kiri
- Selepas lampu isyarat UTHM, perhati di sebelah kiri ada kilang Fujitsu
- Sebelah kanan ialah Petronas Parit Raja (Sebelah kiri ialah Taman Maju)
- Bendera KEADILAN dan PAS akan digantung dihadapan bangunan sebagai tanda lokasi

Sekiranya ada kesulitan, sila hubungi:

017 - 6195 764
013 - 7056 243

Jumpa disana !!


Maklumat lanjut di Facebook AMK Johor


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Himpunan Blogger Rakyat Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini