Salahuddin Ayub Hampir Dipukul
Posted by Unknown on 30 April 2012 | 0 komen pembaca
Bicara Kolumnis : Amni Jagat
Tingkah laku dan lagak seperti ‘mafia’ yang pernah dipratikkan di negara-negara membangun sudah lama ditinggalkan bagi mencapai matlamat sebenar untuk menjayakan kemajuan minda rakyat di negara mereka.
Hakikatnya, di Malaysia kerajaan di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah menghalalkan serta mentardisikan tingkah busuk dan pratikal biadap dalam menguruskan sesuatu hal yang berbangkit.
Politik seperti yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya sudah lama ditinggalkan bagi menjaga keamanan dan kebebasan untuk membuat pilihan. Tahap keprofesionalan kepimpinan UMNO cukup memalukan dalam menangani sesuatu isu.
Apakah sudah tidak ada modal lagi bagi UMNO untuk meraih simpati pengundi sehingga sanggup menjadi manusia ‘bodoh’ membuat tindakan mengikut landas emosi bukan akaliah? Perbincangan seharusnya boleh dilakukan dan dicernakan bagi menjaga seluruh struktur keamanan, bukan dengan cara bergaduh serta mengancam pihak tertentu.
Di zaman kaum pribumi Zulu dahulu dapat disaksikan bahawa kaum pribumi tersebut hanya tahu untuk bergaduh bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Nyatalah sifat kaum pribumi Zulu itu sedang diajar oleh UMNO dalam kotak pemikiran orang melayu terutamanya.
Bagaimana seorang Yang Berhormat seperti Salahuddin Ayub boleh dihalau dan hampir dipukul oleh konco-konco UMNO dalam lawatan YB Salahuddin ke kampung Skudai Kiri Johor Bahru bertujuan menyelamatkan kampung berkenaan dari dirobohkan oleh kerajaan Johor?
Soal menyelamatkan kampung adalah soal yang berkaitan dengan seluruh penduduk bukan hanya berpihak kepada UMNO. Ini suatu perkara yang harus UMNO tahu. Selama ini UMNO tidak berjaya untuk menangani permasalahan tentang kampung tersebut jadi usahlah iri jika ada yang cuba menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan kampung tersebut.
Slogan ‘Suhaizan keluar! Suhaizan berambus!’ yang dilontarkan oleh konco-konco upahan UMNO terhadap Saudara Suhaizan Kaiat di kampung Skudai Kiri itu cukup memalukan. Ini kerana Suhaizan adalah seorang wakil dari rakyat prihatin yang turun ke kampung berkenaan untuk cuba mencari jalan bagi menyelamatkan kampung tersebut.
Tindakan seperti itu nyata menonjolkan diri sebenar UMNO serta pengikutnya dalam mengendalikan sesuatu masalah dengan emosi serta kebudak-budakkan. Bagaimana sesuatu pemerintah boleh memerintah lebih lima dekad sedangkan mereka sering bertindak dengan sifat antaprofesional?
Jika pemerintah seperti ini masih memegang tampuk pemerintah maka terlalu malulah kita sebagai rakyat Malaysia bila mana kita harus menelan segala kritikan dengan menyatakan Malaysia mempunyai pemimpin yang kebudak-budakkan atau tidak matang.
Peristiwa 26 April 2012 di kampung Skudai Kiri itu cukup sebagai bukti untuk menyatakan UMNO tidak lagi relevan dalam menangani isu permasalahan rakyat di Malaysia. Kepimpinan UMNO juga yang telah mengadaikan tanah di kampung tersebut, tetapi dalam hal yang berlaku pada 26 April, Salahuddin Ayub telah dileparkan dengan kata-kata ‘pengkhianat’.
Salahuddin Ayub hampir dipukul oleh konco upahan UMNO. Salahuddin juga telah dihalang untuk memasuki kampung tersebut. Namun bagi pejuang seperti Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat, ia bukan halangan untuk membongkarkan lebih banyak lagi isu dan permasalahan yang berlaku sekitar pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional di Johor.
Pengerusi NGO TANAH Saudara Mazlan Aliman, pada tarikh 25 April 2012 rumah beliau telah disimbahi cat merah bertanda amaran dan ugutan. Perkara ini berlaku kerana Mazlan Aliman telah banyak membongkar isu penyelewengan kerajaan negeri Johor berkenaan dengan tanah dan dalam masa yang sama sentiasa memenangkan rakyat.
Pembongkaran demi pembongkaran inilah yang menyebabkan UMNO seperti cacing kepanasan. Mereka terpaksa melakukan suatu tindakan seperti ancaman dan ugutan untuk melemahkan pergerakan untuk membongkar kejahatan yang dilakukan mereka.
Alternatif yang mereka ada adalah dengan mengupah segelintir masyarakat untuk menjadi ‘kambing hitam’ dalam operasi mempertahankan kepentingan mereka. Jika benar UMNO ingin mempertahankan melayu mengapa menghalang Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat dari memperjuangkan tanah di kampung Skudai Kiri.
Ini kerana, tanah kampung tersebut adalah tanah yang telah diwartakan sebagai tanah rizab melayu. Sepatutnya UMNO perlu menyokong tindakan Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kaiat dalam perjuangan mempertahankan kampung tersebut dari terus tergadai.
Ternyata UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan nasib orang melayu. Malah mereka lebih suka melihat perpecahan yang berlaku di dalam kaum melayu itu sendiri. Konco UMNO yang membuat kecoh telah bertindak mengancam penduduk kampung yang terdiri daripada kaum melayu agar tidak bersama Salahuddin dan Suhaizan dalam mempertahankan kampung tersebut.
Beginilah nasib kaum melayu di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Segelintir masyarakat yang diupah oleh UMNO untuk mengancam serta mengugut penduduk kampung diharap dapat melihat kembali betapa murahnya maruah diri mereka kerana sanggup diupah untuk menjaga kepentingan pemimpin yang korup.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Salahuddin Ayub Hampir Dipukul"
Leave a reply