UMNO Skudai Kiri Memalukan Rakyat Johor
Posted by Unknown on 27 April 2012 | 0 komen pembaca
GABUNGAN
TANAH RAKYAT (TANAH)
No 37 Jln
Dahlia 9, Taman Dahlia,
81200
Johor Bahru, Johor (H/P : 0197285174)
KENYATAAN MEDIA
Jumaat 27hb April 2012
Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) sangat
kesal dengan kejadian menghalang Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen
Kubang Kerian YB Salahuddin Ayub yang dihalang oleh sekumpulan 20 orang
pemimpin dan ahli UMNO Skudai kiri untuk berjumpa kira-kira 70 orang penduduk
Skudai kiri. Lawatan YB Salahuddin Ayub ke Skudai Kiri adalah atas permintaan
penduduk yang tidak puas hati dengan pihak kerajaan yang mahu membangunkan
kawasan tersebut tanpa pampasan yang setimpal. Mereka juga kuatir tanah rizab
Melayu yang mereka duduki itu akan terancam akibat daripada pembangunan yang
akan dilaksanakan. Lawatan ini juga adalah salah satu aktiviti TANAH untuk
mempromosikan Himpunan Tanah Rakyat yang akan diadakan di Plaza Angsana jam 2
petang sabtu 5hb Mei 2012.
Kejadian bermula jam 11.45 pagi khamis 26hb April 2012 ketika kumpulan
kami bersama para wartawan masuk ke kawasan kampung tersebut dan telah dilayan dengan
cukup kasar dan biadap. Kumpulan UMNO Skudai Kiri telah mengetuk-getuk
kenderaan kami dan menghalau rombongan kami masuk ke kampung tersebut. Kami
tidak melayan mereka dan terus masuk kampung tersebut.
Jam 12.00 tengahari, saya sampai
ke kumpulan penduduk kampung yang telah menunggu kami. Setelah saya membuat
kenyataan media kepada wartawan yang turut sama dalam rombongan. Kumpulan UMNO
Skudai Kiri telah menjerit “ Suhaizan
Berambus. Engkau orang luar”. Ketua Kampung datang berjumpa saya lalu
mengarahkan saya keluar. Saya bertegas tidak mahu keluar dan saya mohon ketua
kampung tunjukkan satu undang-undang dalam negara ini yang menyatakan saya
tidak boleh berada dalam Kampung Skudai Kiri. Akhirnya Ketua Kampung mengalah
dan membenarkan kami berjumpa penduduk selama 10 minit.
YB Salahuddin pun masuk bersama Sdr Onn Bin Jaafar tetapi malangnya
dihalang oleh lebih kurang 10 orang yang berkumpul di hadapan YB. Dengan
senyuman YB menyapa mereka dan menjelaskan kenapa beliau datang ke kampung
tersebut. Dengan bantuan pihak polis YB dapat berjumpa dengan penduduk dan
beliau telah ditunjukkan oleh penduduk kampung kesan daripada projek
pembangunan yang akan di laksanakan oleh pihak kerajaan. YB Salahuddin sempat
menberikan ucapan sekitar 5 minit dan berjanji akan membantu membawa isu Kg
Skudai Kiri ke peringkat atasan. Perjumpaan ini berakhir selepas YB memberi
ucapan.
Perbuatan kumpulan UMNO Skudai Kiri sangat memalukan rakyat Negeri
Johor. Kedudukan Skudai Kiri yang berada di kawasan Wilayah Pembangunan
Iskandar (WPI) seharusnya memiliki pemikiran yang terbuka. 80 % rakyat di Negeri
Johor bersikap terbuka hanya tinggal 20% lagi yang kurang bernasib baik kerana berfikiran
20 tahun kebelakang. Pihak UMNO Bahagian Pulai yang diketuai oleh Datuk Nurjazlan
Bin Mohammad seharusnya memimpin UMNO Skudai kiri keluar daripada pemikiran yang
jumud dan tidak sealiran dengan perkembangan semasa khususnya di Johor Bahru.
Yang Benar
SUHAIZAN
BIN KAIAT
SETIAUSAHA
GABUNGAN
TANAH RAKYAT (TANAH)
019-7285174
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**








0 komen pembaca for "UMNO Skudai Kiri Memalukan Rakyat Johor"
Leave a reply