BlogList Malaysia

Selatan Online

UMNO Johor Gelabah YB Salahuddin Turun Padang

Posted by Unknown on 26 April 2012 | 0 komen pembaca


SKUDAI -  UMNO Johor  mula dilihat sangat tertekan dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayob untuk bertanding di negeri Johor. Pengumuman yang dibuat itu jelas merisaukan UMNO apabila program turun padang YB Salahuddin di Perkampunngan Setinggan Skudai Kiri hari ini diganggu dan dihalang oleh UMNO Skudai Kiri.

Tindakan yang tidak profesional yang dilakukan oleh seramai 20 orang ahliUMNO Skudai Kiri ini jelas tidak disenangi oleh hampir 70 orang penduduk sekitar yang mahukan YB Salahuddin  untuk  turun bagi mendengar keluhan mereka bagi memperjuangkan kebajikan penduduk agar nasib mereka diberi pembelaan dan tanah mereka tidak dijual kepada syarikat lain. Untuk rekod, Perkampunngan Setinggan Skudai Kiri sebelum ini telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu yang tidah boleh ditukar milik.

Saudara Suhaizan Kayat ketika dihubungi mengesahkan kejadian ini dan menganggap tindakan yang dilakukan oleh UMNO Skudai kiri ini tidak wajar. Beliau meminta bahawa Datuk Nur Jazlan selaku Ketua Bahagian UMNO Pulai untuk menasihatkan pemimpin UMNO Skudai Kiri agar bertindak lebih profesional.


"Saya menganggap tindakan mereka ini tidak wajar sama sekali kerana penduduk sekitar secara terbuka inginkan YB Salahuddin untuk hadir ke sini. Mereka tidak boleh menghalang kita untuk membantu penduduk.Tidak ada satu pun undang-undang di dalam negara ini yang menyatakan bahawa kita tidak boleh bertemu dengan penduduk"


"Datuk Nur Jazlan perlu menasihati UMNO Skudai Kiri untuk lebih profesional dan terbuka. Kita sekarang berada di zaman yang baru. Bukan masanya lagi UMNO mengamalkan politik seperti ini. Mereka kena benarkan mana-mana pihak sekalipun untuk datang membantu penduduk" , jelas beliau lagi.


Sementara itu, YB Salahuddin berjanji akan membawa masalah yang dihadapi oleh penduduk Perkampungan Setinggan Skudai Kiri ini kepada pihak berwajib supaya nasib dan keluhan penduduk terbela setelah memorandum yang dihantar kepada pihak kerajaan tidak dilayan dan diendahkan.





**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "UMNO Johor Gelabah YB Salahuddin Turun Padang"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini