BlogList Malaysia

Selatan Online

Bahasa Melayu Terpinggir Di Iskandar Malaysia

Posted by Unknown on 6 Oktober 2011 | 0 komen pembaca


Oleh: Ahmad Thobroni Bin Abu Bakar

KULAIJAYA, 6 Oktober 2011: Pembangunan di Iskandar Malaysia sekarang sedang rancak berjalan. Antara projek yang sedang dibangunkan ialah kompleks membeli belah bertaraf antarabangsa yang kini hampir siap. Lokasinya di susur masuk Bandar Indahpura, Kulaijaya dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai.

Berdasarkan papan tanda yang siap didirikan, pusat membeli belah tersebut telah dinamakan sebagai ‘Johor Premium Outlets’. Pastinya sesuai dengan tujuan pembinaannya iaitu sebagai tarikan pelancong antarabangsa.

Walaubagaimanapun, penggunaan nama dalam bahasa asing ini adalah satu kerugian kepada rakyat dan negara ini. Di satu sudut, pengunaan nama itu memang sesuai kerana sasaran utamanya adalah pelancong asing. Namun, satu perkara yang mungkin pihak berwajib terlepas pandang ialah dengan adanya kompleks bertaraf antarabangsa ini, ia adalah satu peluang bagi kita memperkenalkan dan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

“Ancaman datang daripada golongan Melayu yang kurang percaya tentang kebolehan Bahasa Melayu sehingga timbulnya rasa tidak tahu membuat apa-apa bila Bahasa Inggeris cuba hendak diganti dengan Bahasa Melayu. Ini adalah keadaan yang biasa di kalangan bangsa yang dijajah, hasil penjajahan di alam fikiran dan kehidupan penduduk”, memetik ucapan Almarhum Aminuddin Baki di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke 3, pada 16 ~ 21 September 1956 di Johor Bharu, Johor.

Kalaulah kita merasa kerdil bagi menggunakan Bahasa Melayu di tanah air sendiri, apa lagi yang akan tinggal kepada Bahasa Melayu, cukupkah ia sekadar menjadi bahasa pasar sahaja ?

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Bahasa Melayu Terpinggir Di Iskandar Malaysia"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini