HOSPITAL Pontian Perlu Dinaik Taraf : Ahmad Maslan Dikecam
Posted by Unknown on 31 Disember 2011 | 0 komen pembaca
PONTIAN, 30 Disember 2011 – Blogger Cucu Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Ramli mengecam tindakan Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang membuat pelbagai kenyataan tentang kejayaan UMNO-Barisan Nasional membangunkan negara ini sebaliknya di kawasannya sendiri diibaratkan ‘jauh panggang dari api’.
Hal ini, katanya berikutan kegagalan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu yang dakwanya kurang peka kepada keperluan masyarakat di Pontian yang berkehendakkan supaya Hospital di daerah itu dinaikkan taraf.
Jelasnya lagi, Hospital Pontian yang telah dibina sejak seratus tahun lalu dakwanya masih berkeadaan biasa tanpa banyak perubahan yang boleh dibanggakan.
”Saya syoknya (seronok) berada di Pontian sebab ada menteri jaga Felda. Dia jaja ke sana sini. Makin kempen, makin peneroka tolak Felda. Rupa-rupanya orang sudah tak percaya.
”Akhirnya ramai yang protes. Di Bera ramai pemimpin UMNO kata, baik ikut PAS.
”Saya sedih di Pontian. Bila tengok Ahmad Maslan berceramah hebat. Pergi Hospital Pontian ! sampai hari ini macam itu aje. Dari tahun 1917 hingga sekarang dah dekat 100 tahun hidup (beroperasi). Dia cakap kat Felda di Bera, ada bangunan canggih.
”Takkanlah tak nampak (keadaan) Hospital (Pontian). Bagi saya Ahmad Maslan tak nampak di Kawasan sendiri. Rakyat Pontian nak buat perubahan. Hospital kena naik taraf. Ini isu di kawasan ini.” tegas beliau lagi dengan merujuk kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Sementara itu, bekas calon PKR DUN Kemanyan di Parlimen Bera itu turut menegaskan bahawa jentera penerangan parti di setiap peringkat harus digerakkan semaksimum yang mungkin.
Dengan mewujudkan satu blog di setiap cawangan katanya mempunyai kelebihannya tersendiri dan hasil penulisan itu perlu diedar ke seluruh pelusuk kampung supaya masyarakat memiliki maklumat yang tepat dan benar.
”Peranan Blogger penting. Tapi macam mana nak sebarkan. Pertama, jangan lupa buat blog satu cawangan satu blog.
”Kedua, mesti print. Tapi mesti disebarkan di Masjid-masjid. Berita-berita panas,” katanya lagi sebagai bekas calon yang kalah dalam pilihan raya kerana majoriti pengundinya adalah dikalangan orang Asli.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis ceramah di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Sumber : Ibn_bacocks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "HOSPITAL Pontian Perlu Dinaik Taraf : Ahmad Maslan Dikecam"
Leave a reply