Jambatan baharu siap Februari
Posted by Unknown on 31 Disember 2011 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU 30 DISEMBER 2011. - Kesesakan yang biasa dilalui oleh pengguna jalan raya di jambatan Permas Jaya di sini bakal berakhir apabila jambatan kedua dibuka sepenuhnya pada pertengahan Februari ini.
Pegawai Daerah Johor Bahru, Mislan Karmani berkata, jambatan kedua berkenaan yang sudah siap sebanyak 98 peratus hanya tinggal kerja-kerja terakhir pembinaan.
"Pembukaan jambatan kedua itu dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan terutama pada waktu puncak.
"Kita juga berharap pembukaan jambatan kedua ini memberi lebih keselesaan kepada pengguna jalan raya di bandar raya Johor Bahru," katanya kepada pemberita sempena lawatan Projek Membina Jalan dan Jambatan Kedua Permas Jaya, di sini hari ini.
Menurut Mislan, projek bernilai RM26 juta itu yang mula dibina pada Ogos 2008 sepatutnya siap pada Januari lalu namun, akibat masalah teknikal ia tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sementara itu, Pengurus Besar (Pembinaan) Jabatan Kerja Raya (JKR) Permas Jaya, Nordin Wasiran berkata, pihaknya telah meminta peruntukan sebanyak RM3.5 juta daripada Kementerian Kerja Raya pada Ogos lalu bagi membina pusingan U dan jejantas di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, pusingan U tersebut akan dibina di bawah jambatan berkenaan manakala jejantas itu pula dibina di hadapan Flat Sri Stulang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permas Jaya di sini.
Sumber : Selatan Online
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Jambatan baharu siap Februari"
Leave a reply