BlogList Malaysia

Selatan Online

MAIJ keluarkan 668 tauliah

Posted by Unknown on 15 Disember 2011 | 0 komen pembaca


NUSAJAYA – Sebanyak 668 tauliah dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor (Maij) dengan 548 daripadanya adalah mengajar agama, al-Quran dan berzanji sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, 120 tauliah lagi dikeluarkan untuk guru pembimbing, umrah dan haji.

Menurutnya, penceramah yang diundang dari luar Johor perlu mendapat kebenaran atau tauliah dan hanya boleh berceramah di negeri sedia ada seperti tertakluk di bawah Seksyen 1187 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003 dan Kaedah-kaedah Mengajar dan Memberi Syarahan Agama 1991.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Tenang-BN, Mohd Azahar Ibrahim dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, semalam, mengenai penjelasan isu penceramah agama di luar Johor yang memberi ceramah berikutan terdapat isu pertindihan sama ada mereka berhak berceramah atau sebaliknya.

Menurutnya, mengikut Seksyen 6(1), permohonan untuk mengajar syarahan agama hendaklah dibuat dengan menggunakan boring-borang yang ditentukan dalam jadual iaitu Borang A bagi permohonan dari penceramah dan Borang B bagi permohonan dari penganjur.

“Manakala mengikut Seksyen 6(2), permohonan dari penceramah hendaklah mengandungi pengakuan bertulis di dalam perkara tidak menyentuh kedaulatan dan kuasa-kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam negeri Johor.

“Selain itu, mereka hendaklah tidak menyinggung perasaan mana-mana kaum yang menjadi penduduk tempatan negeri ini dengan tidak menyentuh perkara khilafiyah atau fahaman yang boleh menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di antara umat Islam serta memberi penerangan dari sumber kurang yang jelas,” katanya.

Zainal Abidin berkata, di bawah Seksyen 7, permohonan dari penganjur hendaklah memenuhi kehendak yang ditetapkan termasuklah Pengerusi atau Setiausaha mana-mana penganjur hendaklah mengemukakan permohonan dalam Borang B.

“Selain itu, penganjur hendaklah mengemukakan permohonan selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh syarahan diadakan dan penganjur hendaklah mengemukakan permohonan selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh syarahan diadakan dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, mengikut Seksyen 8(2), beliau berkata, kadi daerah hendaklah menyiasat latar belakang setiap permohonan dari segi pekerjaan, pelajaran, kelulusannya dan segala yang berkaitan dengan penyokong.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "MAIJ keluarkan 668 tauliah"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini