Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2012
Posted by Unknown on 15 Disember 2011 | 0 komen pembaca
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2012
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2012, Dr. `Boo Cheng Hau ADUN Skudai merangkap Ketua Pembangkang DUN Johor pada 12 Disember 2011
Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker kerana diberikan peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2012.
PENDAHULUAN
YB Dato’ Speaker,
Prestasi Ekonomi Negeri Johor dan Iskandar Malaysia
Laporan Ekonomi Negeri Johor 2009/2010 yang disediakan oleh UPEN tidak dapat dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini pada persidangan bajet tahun 2010 tetapi dibentangkan selewat persidangan Jun tahun ini.
Oleh itu, pada persidangan bajet tahun 2010 yang lalu, Dewan ini tidak dapat memperbahaskan fakta bahawa pada tahun 2009 ekonomi Negeri Johor menguncup dengan kadar yang amat membimbangkan. KDNK per kapita Negeri Johor menuncup sebanyak -12.5%, KDNK per kapita berasaskan pariti kuasa beli menurun sebanyak -18.0%.
Walaupun KDNK per kapita dan KDNK per kapita berasaskan pariti kuasa beli melonjak sebanyak 12.0% dan 21.2% masing-masing pada tahun 2010, kelonjakan pertumbuhan ekonomi ini disebabkan penguncupan ekonomi pada tahun 2009.
Kenaikan harga minyak sebanyak 8.5% pada Julai 2008 telah mengakibatkan indeks harga pengguna melambung sebanyak 5.4% pada tahun 2008 dan 2.7% pada tahun 2009 sedangkan pendapatan individu dan pertumbuhan ekonomi menguncup dan inflasi yang melambung telah membebankan rakyat jelata.
Walaupun pertumbuhan KDNK mencatat 9.3% pada tahun 2010 dan dijangka mencatat 5.9% pada tahun 2011, indeks harga pengguna meningkat 1.7% pada tahun 2010 tetapi telah mencecah 3.4% pada Oktober tahun ini dan inflasi makanan 5.7%.
Indeks Harga Pengguna atau inflasi yang melambung telah membayangkan kegagalan rakyat jelata menikmaiti pertumbuhan ekonomi yang dihebah-heburkan disebabkan inflasi mencecah.
Kayakinan bisines atau Business Confidence (www.tradingeconomics.com) menurun dari 114.0 pada musim kedua kepada 104.5 pada musim ketiga tahun ini ekoran laporan bahawa indeks persepsi rasuah atau Corruption Perception Index Malaysia menurun tiga tahun berturut-turut.
Malaysia mendapatkan 4.3 markah tahun ini manakala 4.4 pada thaun 2010. Kerajaaan gagal memperbaiki prestasi CPI Malaysia kepada tahap 4.9.
Meneurut CPI , Malaysia mengambil tempat ke-60 di antara 183 negara dan ke-3 di antara negara-negara ASEAN slepas Singapore (CPI=9.4) dan Brunei (CPI=6.3). Tetapi prestasi CPI Malaysia begitu jauh di belakang Singapura dan Brunei.
Strategi Memajukan Sosio-ekonomi Malaysia dan Johor
YB Dato’ Speaker,
Oleh itu, demi memajukan taraf sosio-ekonomi Malaysia dan Johor, persepsi rasuah sewajarnya diperbaiki khasnya untuk meyakinkan para pelabur dan rakyat jelata bahawa Kerajaan berazam membersihkan imej negatif disebabkan masalah rasuah.
Kedua, Kerajaan Johor sewajarnya memperbaiki keadaan kewangan kerajaan dengan mengurangkan defisit dan hutang kerajaan, melabur wang kerajaan secara berhemah, mempercepatkan projek-projek pemabangunan menurut jadual supaya meyakinkan para pelabur dan rakyat jelata dengan keberkesanan dan keazaman kerajaan untuk berubah.
Ketiga, pengurusan dan prestasi kewangan syarikat-syarikat kerajaan perlu diperbaiki serta mempertimbangkan kemungkinan menjual syarikat-syarikat dorman atau kurang berprestasi di pasaran terbuka kepada bukan sahaja para pelabur temapatan bahkan pelabur asing memandangkan pembanguan Iskandar Malaysia sebagai pusat pelaburan antarabangsa terbaru.
Keadaan Kewangan Kerajaan Negeri
YB Dato’ Spekaer,
Saya ingin menjemput rakan-rakan se-Dewan ini supaya kita dapat berbahas secara lebih bijak secara mengasaskan perbahasan atas fakta-fakta fiskal.
YB dato Speaker,
Wang tunai rizab Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran baru Pakatan rakyat meningkat dari RM 400 juta pada waktu pengambil alihan kerajaan pada tahun 2008 kepada RM 918 juta pada tahun 2010,. Pelaburan Kerajaan Selangor mencecah RM 668 juta pada tahun 2010, iaitu kumpulan wang disatukan adalah RM 1,586 juta pada tahap yang lebih tinggi daripada hutang awam sejumlah RM1,004 juta.
Di sebaliknya, walaupun amaun wang pelaburan Kerejaaan Negeri Johor RM 467 juta pada tahun 2010, malahan wang tunai rizab kerajaan Johor menurun dari 100 juta pada tahun 2007 kepada RM 38 juta pada tahun 2010.
Walaupun Kumpulan wang disatukan kerajaan Johor adalah sejumlah RM 505 juta, masih jauh kurang daripada hutang awam yang telah menignkat ke tahap lebih tinggi, iaitu RM 1,379 juta.
YB Dato’ Speaker,
72% wang pelaburan Kerajaan Negeri Johor (RM 311 juta) dilabur dalam saham berisiko tinggi di pasaran terbuka dengan pulangan yang tidak konsisten sedangkan pelaburan ini telah bercanggah dengan keputusan Majlis Jemaah Kerajaan Negeri pada 4 Nov 1991 bahawa sekurang-kurangnya 70% wang pelaburan kerajaan negeri sewajarnya dilabur dalam bentuk saham berisiko rendah atau saham amanah.
Oleh yang demikian, YB dato’ Speaker, pada tahun 2010, suatu nilai sham jangkamasa panjang yang dilabur oleh kerajaan negeri telah dirosotkan nilai sepenuhnya pada kos RM 134.56 juta!
Kerajaan Negeri sepatutnya menjalankan tugas seperti pelabur yang berwaspada semasa melaburkan wang kerajaan atas amanah rakyat bukannya berlagal kaki judi yang suka mengambil risiko.
Malahan terdpapat dua syarikat kerajaan iaitu SAJ Sdn Bhd dan Syairkat Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd tidak pernah memberikan sebarang pulangan kepada kerajaan negeri.
YB Dato’ Speaker,
Keadaan kewangan kerajaan negeri masih perlu diperbaiki memandangklan hutang awam kerajaan negeri meningkat 8.6% dari RM 1.27 billion tahun 2009 kepada RM 1.38 billiion pada tahun 2010.
Walaupun pinjaman dari kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat kerajaan yang boleh dituntut sejumlah RM 1.26 billion baru-baru dikira sebagai asset kerajaan, pinjaman kerajaan kepada GLC termasuk SAJ Holdlngs Sdn Bhd RM 735 juta, Special Water Sdn Bhd RM 430 juta dan J Corp RM 92 juta sewajarnya diteliti dari segi keberkesanan GLC supaya tidak membebankan kerajaan negeri .
Oleh itu, Kerajaan Negeri bertanguunga jawab kepada Dewan ini sama ada pulangan yang terbaik akan dikembalikan kepada kerajaan negeri selepas PAAB mengambil alih asset SAJ dan anak syarikatnya.
YB Dato’ Speaker,
Pengambilalihan aset SAJ Holdings Bhd oleh PAAB akan mengubahkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan atau Kontrak Sosial di mana kuasa mengurus sumber dan bekalan air akan dialih dari kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan selepas 55 tahun kemerdekaan,
YB Dato’ Speaker,
Jika pengambil alihan SAJ Holdings oleh PAAB akan menyelesaikan hutang SAJ Holdings dan anak syarikatnya, syarikat kerajaan kurang memuaskan sepatutnya terbuka kepada pengambil alihan bukan sahaja syarikat swasta tempatan tetapi juga syarikat-syarikat antarabangsa yang berminat melibatkan diri dalam pembangunan Negeri Johor dan Iskandar Malaysia.
YB Dato’ Speaker,
Prestasi syarikat kerajaan perlu diteliti dan syarikat kurang berprestasi perlu disusun semula termasuk dijual dalam pasaran terbuka dengan harga terbaik bukan sahaja untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan malahan memerangsangkan pelaburan asing dan domestik, akhirnya memajukan status sosioekonomi Negeri Johor.
YB Dato’ Speaker,
Kerajaan Negeri telah menghapus kira hutang YPJ RM2.52 juta dan hutang SAJ Holdings Bhd RM 27.93 juta. J Corp pula menerima pinjaman baru sebanyak RM 14.61 juta untuk 6 projek. Tujuan menubuhkan syarikat kerjaan adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, mudah mudahan membawa pulangan yang lumayan kepada kerajaan di sebaliknya.
Perbadanan Johor
YB Dato’ Speaker,
Pada tahun 2010, jumlah liabiliti Kumpulan Johor Corporation adalah RM 9.3 billion, aset bersih RM 5.0 billion.
Namun begitu liabililti semasa Kumpulan Perbadanan Johor sadalah sejumlah RM 3,876 juta tetapi jumlah aset semasa hanya RM 3,179. Maka jumlah aset bersih semasa Kumpulan perbadanan Johor adalah dengan defisit –RM 697 juta.
Syarikat induk Perbadanan Johor mempunyai jumlah liabiliti RM 4.3 billion, asset bersih cuma RM 870 juta, aset bersih semasa RM 410 juta pada tahun 2010.
Johor Corporation menanggung pinjaman sejumlah RM 6.659 billion dan di antaranya RM 2.769 billion bon Islam akan matang pada tahun depan.
Setakat ini Kerajaan Negeri dan Johor Corp belum mengumumkan kaedah mengumpulkan sumber kewangan untuk menyelesaikan bon Islam tersebut.
YAB Menteri Besar sepatutnya memaklum kepada Dewan yang mulia ini berkenaan rancangan Johor Corp untuk menyelesaikan bon-bon tersebut.
Penstrukturan Semula Hutang J Corp
YB Dato Speaker,
Pada Ogos tahun ini Kulim Bhd telah mengambil alih 33,800 ekar tanah ladang dari anak syarikat Johor Corp, Sindora Bhd dengan bayaran wang tunai RM700 juta bagi menyeleisaikan sebahagian hutangnya. Harga jualan setiap ladang adalah RM 20 ribu seekar atau RM 51 ribu sehektar.
Harga ini dipercayai lebih rendah daripada harga pasaran. Oleh itu, Kerajaan Negeri Besar diharap membentangkan laporan penilaian kepada Dewan yang mulia ini supaya meyakinkan para pelabur bahawa syairkat-syarikat kerjaan negeri akan diruskan secara tulus.
Yb dato’ Speaker,
Johor Corp sepatutnya lebih efisien dalam usaha menyusun semula liablitinya, lebih behemah dalam pengurusan supaya dapat menarik pelaburan asing ke Iskandar Malaysia dan Negeri Johor secara besar-besaran.
Langkah-langkah yang berani untuk meliberasikan ekonomi Johor dan Iskandar Malaysia seumpamanya tender terbuka untuk syarikat tempatan dan asing mengambil alih syarikat-syarikat kerajaan yang “sakit” perlu dipertimbangkan.
Dijangka 30% anak syarikat Johor Corp telah menjadi dorman atau tidak beroperasi. Anak-anak syarikat yang dorman dan kurang berprestasi sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran kepada bukan sahaja syarikat tempatan tetapi juga syarikat anatrabangsa jika Iskandar Malaysia ingin dijadikan sebagai tumpuan pelaburan asing dan domestik.
Menyusun Semula Syarikat Kerjaan dan Badan berkanun Betindih atas Fuingsi
YB Dato’ Speaker,
Anak Syarikat Johor Corp (milik saham 75%), Johor Skills Development Center Sdn Bhd atau Puspatari berfungsi sebagai pusat latihan kemahiran industri atas kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan penajaan geran Kementerian Kewangan.
Keuntungan sebelum cukai Puspatari menurun dari RM 2.99 juta pada tahun 2007 ke RM 1.69 juta pada tahun 2009. Lagipun pengambilan pelajar Puspatari tidak mencapai sasaran, iaitu 2.7%-100% bagi kursus-kursus jangkamasa panjang, 83.6-88.5% bagi kursus-kursus jangkamasa pendek.
Pengambilan pelajar yang jauh dari sasaran telah membazir sumber kewangan kerajaan sedangkan membawa kerugian kepada syarikat kerajaan.
YB Dato’ Speaker,
Di sebaliknya YPJ juga menjalankan program pendidkan dan kemahiran yang bertindih dengan Puspatari. Jumalah pendaftaran pelajar ke institut dan kolej Kumpulan Pendidikan YPJ di antara tahun 2008 dan 2010 tidak mencapai sasaran malahan semakin menurun, iaitu 37.5%, 52.3% dan 31% dari tahun 2008 hingga 2010.
YB Dato’ Speaker,
Memandangkan KPYPJ mengalami kerugian berturut-turut di antara tahun 2007 dan 2009, operasi institut KPYPJ dan Puspatari perlu disatukan untuk menjimatkan kos operasi dua-dua syarkat kerajaan yang sebenarnya bertindih dari segi fungsi mereka sebagai pusat pendidikan dan latihan kemahiran.
Salah satu pendekatan yang efektif untuk mengurangkan kerugian syarikat kerjaan adaah menyatukan pengurusan syarikat kerajaan dan badan berkanun yang bertindih fungsi mereka.
YB Dato’ Spekaer,
Pengurusan YPJ
YPJ memainkan peranan yang mustahak dalam usaha mempertingkatkan taraf pendidikan dan tenaga manusia di Negeri Johor. Oleh itu, keadaan kewangan dan prestasi YPJ/KPYPJ mesti diteliti di Dewan ini.
YB Dato’ Speaker,
Pada tahun 2009 pelaburan YPJ dalam anak syarikat sejumlah RM 261 juta tetapi 24% atau RM 61 juta pelaburan YPJ tidap dapat disahkan sebab ketiadaan dokumen dikemukakan diaudit.
Jumlah penghutang YPJ pada tahun 2009 adalah RM 8.54 juta. 88.8% hutang atau RM 7.59 juta tidak dapat disahkan kebenaran kerana dokumen tidak dikemukakan untuk diaudit.
YB Dato’ Speaker,
Saya masih ingat lagi pada masa dahulu taukeh-taukeh kedai runcit pun tahu apa maknanya akauntabiliti. Semua penghutang kedai runcit mesti diberikan buku nota kecil “555” dengan catatan butiran hutang selaras dengan catatan amaun hutang dalam buku hutang besar taukeh kedai terbabit.
Pada hujang bulan bila nak bayar hutang, penghutang mesti membawa buku 555 dan taukeh kedai runcit akan memastikan jumlah hutang dalam selaras di anatara buku kecil 555 dan buku besarnya sebelum penghitang diminta menjelaskan hutang.
Jika Pengarah dan ahli Lembaga YPJ tidak mengerti maknanya akauntabliti dalam pengurusan, mereka sepatutnya dihadiahkan buku 555 supaya mereka mempelajari ilmu pengurusan dan tanggung jawab dari taukeh kedai runcit.
YB Dato’
Anak syarikat YPJH iaitu YPJ Corporatoion Sdn Bhd telah melabur dalam saham siar harga Ranhill Bhd. berjumlah RM 70 juta pada tahun 2009 tetapi harga saham berkenaan menurun kepada RM 25 juta. Oleh itu, YPJ Corporation Sdn Bhd mengalami kerugian RM 44 juta disebabkan pelaburan yang bersiko tinggi.
Seperti yang dikatakan dahulu, pentadbir kerajaan dan pengurus syarikat kerajaan mesti menjadi pelabur yang bijak dan berwaspada. Janganlah berlagak kaki judi yang suka mengambil risiko tinggi tanpa mempertimbangkan akibat buruk berpunca dari sikap “mian-main judi” mereka.
YPJ merupakan badan berkanun yang ditugas dengan misi membangun pendidikan dan latihan kemahiran di Negeri Johor. Oleh itu, YPJ sepatutnya lebih berhemah dari segi perbelanjaan dan pelaburan serta mengkaji kemungkinan mengadakan program francais bersama dengan sektor swasta untuk mengurangkan kerugian.
YB Dato’ Speaker,
Pada tahun 2010 warga asing yang menetap di Johor telah mencecah 293 ribu orang iaitu 8.9% dari 3 juta penduduk Johor. Kadar warga asing sepatutnya diseimabngkan tidak melbihi kadar 5%. Jika kadar warga asing terlalu tinggi speperti yang berlaku di Sabah, 27% penduduk Sabah terdiri daripada warga asing. Kadar warga asing terlalu tinggi akan menjejaskan peluang pekerjaan dan taraf gaji warga negara.
YB Dato Speaker,
Usahlah kita bersikap emosi kepada isu menyusun semula bilangan penjawat awam sebab bilangan penjawat awam terlalu ramai akan menjejaskan ekonomi dan membebankan tanggungan kerajaan sedangkan sektoe swasta memerlukan tenaga manusia mahir yang beramai-ramai khasnya selaras dengan pembangunan Iskandar Malaysia.
Jepun mempunyai bilangan penjawat aawam yang sama dengan Malaysia iaitu 1.2 juta. Tetapi bilangan poenduduk jepun adalah 5 kali ganda bilangan penduduk Malaysia. Oleh itu, bilangan penjawat awam perlu dikurangkan manakala pertukaran tenaga manusia di antara sektor awam dan swasta dapat mengintegrasikan dua-dua sektor.
YB Dato’ Speaker,
Budaya Orang Asli Seletar atau orang Laut merupakan pusaka Kesultanan Johor seperti tercatat dalam penulisan Professor Zainal Abidin Borhan. Baru-baru ini terdapat hak milik tanah sebahagian besar Kpg Sungai Temun, penempatan Orang Seletar telah diambil alih oleh Nodedua Sdn Bhd anak syarikat Iskandar Investment tanpa pengetahuan dan persetujuan orang Asli Seletar.
Sebagai penduduk asal pertama di tanah air kita, hak-hak Orang Asli belum terjamin di bawah undang-undang dan perlembagaan khasnya terhadap hak milik tanah adat mereka. Jika Negara-negara Barat dapat menjamin hak-hak tanah Orang Asal atau pribumi melalui penempatan tanah rizab , Negeri Johor sepatutnya menggubal satu Enakmen demi mempertahankan hak milik Orang Asli terhadap tanah adat mereka.
Tambahnya, Kpg Orang Seletar Pasir Salam, Ulu Tiram belum dibekalkan dengan elektrik dan air paip sedangakn kampung-kampung berdekatan lain telah lama disiapkan infrastruktur. Saya telah membawa isu ini kepada perhatian JHEOA dan YAB Menteri Besar, tetapi belum ada sebarang tindakan dari pihak berkuasa.
Jangalah dikatakaan Kerjaan Johor bertamaddun, hak asasi milik tanah Orang Asal terabai.
YB Dato’ Speaker,
Banjir Lumpur kilat masih sering berlaku di Kampung Poh Chee Leng, Skudai, dan Kawasan Jalan makmur Taman Damai Jaya selama sepuluh tahun ekoran pembinaan Kem Tentera Skudai yang telah terbengkalai selama 8 tahun.
Sehubung dengan Laporan Ketua Audit Negara 2009, PAC Parlimen telah mebuat lawatan ke tapak Kem Skudai pada bulan Mei lalu serta mengenalpastikan tanggungjawab Pemaju KCSB terhadap penyenggaraan kolam kelodak di tapak terbabit.
YB Dato’ Speaker,
Banjir kilat telah berlaku 3 kali iaitu 23 hb September 2010, 18 Mei dan 20 November tahun ini yang melibtakan 100 keluarga di Kawasan Jalan Makmur, kediaman Taman Damai Jaya. Pada purata banjir kilat setiap kali memakan masa 2-3 jam yang ditolak bantuan kewangan bencana sebab setiap kejadian kurang dari 6 jam.
Para penduduk terlibat menyuarakan ketidapusan sebab 3 kali banjir kilat telah mendatangkan kerugian yang besar sedangkan setinggan-setinggan yang menduduki tanah rizab JPS diberikan batuan JKM.
Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan akan meluluskan permohonan bantuan ikhsan mangsa banjir di kawasan Jalan Makmur Taman Damai Jaya.
Secara ringkas dan cemas, penduduk-penduduk Pangsapuri Hang Lekir Taman Skudai Baru, Flet Taman Impian Mas, Taman Skudai Baru, Pangsapuri Bandar Selesa Jaya dan Sri Awana Apartment Bandar Selesa Jaya merayu kepada PBT supaya perhentian bas terteduh dibina dan khidmat bas dipulihkan dengan jadual tetap.
Sekian ucapan perbahasan bajet 2011 saya, terima kasih.
Sumber : http://drboochenghau.blogspot.com/
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2012"
Leave a reply