Menjelang 9 Januari
Posted by Unknown on 2 Januari 2012 | 0 komen pembaca
Huru harakah?
Atau masa depan punah?
Siapa salah?
Siapa pasrah?
Lesunya dunia niaga
lintang pukang
kuasa menjadi tualang
rakyat hanya memama tulang
Huru harakah?
Atau suaka desakan?
Kerana sebidang teguran
masa depan negara
dibuang dalam kocek niaga
Siapa menang bukan timbangan
ternyata rakyat
harus menang
bukan sukatan kuasa
yang membuta tuli kaya
Ingat bukan seorang
yang bisa menjadi wali
ingat bukan seekor
yang mampu menjadi rajawali
Jaga!
Masa depan menunggu
dengan sejuta persoalan
bersama bukti
yang hakiki
AMNI JAGAT
2 Safar 1433 / 29 Disember 2011
Kumpulan Anak Muda Pulai (KAMP)
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Menjelang 9 Januari"
Leave a reply