PAR Nusajaya, peka isu banjir
Posted by Unknown on 3 Januari 2012 | 0 komen pembaca
GELANG PATAH, 2 Januari 2012: Kejadian Banjir yang seringkali melanda di beberapa buah kampung disekitar Sungai Pulai, Gelang Patah telah menimpulkan kebimbangan kepada seluruh penduduk di kawasan tersebut.
Hasil lawatan yang telah dilakukan, Pusat Aduan Rakyat Nusajaya (PAR Nusajaya) telah mendapatkan maklum balas dari jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor berkenaan banjir di Kampung Ulu Pulai dan Kampung Pulai terutamanya apabila fenomena ‘Air Pasang Besar’ bertembung dengan air hujan yang turun ke laut.
Menurut Penyelia PAR Nusajaya Tn Hj Sr. Dzulkefly Bin Ahmad, “JPS Johor memaklumkan bahawa pintu air yang telah rosak dan masih terdapat di Sungai Pulai bagi menghalang kemasukan air pasang adalah milikan persendirian oleh peladang-peladang. JPS Johor tiada rekod mengenai pembangunan pintu air tersebut”.
Perbincangan telah diadakan dengan JPS Johor dalam mencari solusi yang terbaik bagi penduduk kampung-kampung yang terlibat secara langsung seperti Kg. Ulu Pulai, Kg. Pulai dan Kg. Bukit Tempurung. Perkara ini turut dirujuk kepada Pejabat Daerah Pontian.
Hasil perbincangan tersebut, pihak JPS Johor akan memperbaiki pintu air yang sedia ada dan menyediakan kolam takungan sementara berdekatan pintu air bagi menampung lebihan air apabila berlakunya hujan lebat dan air pasang besar serentak.
Kos baik pulih pintu air tersebut dianggarkan sekitar RM 20,000.00 yang akan dibiayai oleh Pejabat Daerah Pontian untuk menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk setempat yang sering dilanda kebimbangan apabila hujan lebat berlaku.
Bersempena dengan ‘Program Sumbangan Back To School’ yang telah diadakan di Kg. Ulu Pulai, Kg. Pulai dan Kg. Bukit Tempurung, Tn. Hj. Sr. Dzulkefly Bin Ahmad telah memberikan maklum balas terhadap usaha yang telah dilakukan oleh PAR Nusajaya demi menyelesaikan kemelut panjang masalah setempat disamping menyalurkan bantuan.
Lawatan tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari semua penduduk yang telah dikunjungi.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAR Nusajaya, peka isu banjir"
Leave a reply