BlogList Malaysia

Selatan Online

Edar Risalah Provokasi Dikecam

Posted by Unknown on 3 Januari 2012 | 0 komen pembaca


PONTIAN, 2 Januari 2012 – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab berikutan perbuatan memburuk-burukkan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dengan menampal dan mengedar risalah provokasi sekitar Parlimen Pontian, dekat sini, pertengahan minggu lepas.

Menurut Ketua Penerangannya, Sdr. Saiful Amri A. Suloh, pihak tersebut sudah melampau batas fikiran setelah gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia secara ‘super impose’ di edarkan sekitar daerah ini empat hari lepas.

Manakala, gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pula telah diedar pada hari berikutnya. Lebih menyedihkan lagi, badan tikus telah dipadankan pula dengan tubuh Mursyidul Am PAS itu.

”Politik mereka sudah melampaui batas dan tidak bertamadun.

”Saya mewakili DPPK Pontian memberi amaran kepada regim yang membuat provokasi dengan menampal poster menghina kepimpinan PAS di sekitar Parlimen Pontian. Berpolitiklah secara anak jantan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Perbuatan itu, katanya dipercayai telah dilakukan kerana cemas menghadapi serangan Pakatan Rakyat (PR) di Pontian dan mula berasa gerun dengan perkembangan parti itu dipercayai sokongan rakyat semakin bertambah.

Katanya lagi, hal itu turut memberi petanda bahawa akan wujud satu gelombang perubahan dikalangan rakyat dan di Pontian ini tidak terlepas daripada menerima tempias yang sama.

”Petanda mereka nazak. Nazak yang sukar maut. Mautnya bilamana PRU 13 menjelang. Itulah petanda besar mereka menuju kematian,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pihak berkenaan supaya menghentikan sahaja perbuatan yang tidak bertamadun itu atau berdepan dengan kutukan daripada Allah SWT.

”Ini antara poster yang ditampal oleh pihak yang benci dengan kejayaan PAS. Di tampal sekitar bandar Pontian. Penghinaan poster ini terhadap Tok Guru, bilamana kepala Tok Guru dipadankan dengan badan tikus. Semoga Allah melaknat perbuatan mereka.

”Kepada regim yang menampal poster menghina kepimpinan PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz, Mat Sabu, Tuan Ibrahim, Ustaz Nasharuddin dan Ustaz Mujahid. Hentikanlah perbuatan kamu. Politik kamu sudah melampau batasan. Berpolitik, secara tamadun. Ketakutan regim di Pontian amat ketara sekarang,” katanya lagi.

Sumber : ibn_bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Edar Risalah Provokasi Dikecam"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini