Najib, Kalau Betul Popular Kenapa Masih Takut?
Posted by Unknown on 4 Januari 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Amni Jagat
Menjelang 9 Januari ini, dapat dipastikan keadaan di Malaysia yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional kian pincang ketakutan. Tepat detik 1 Januari 2012, berlakunya pertumpahan darah sewaktu demo mahasiswa untuk menuntut pembebasan AUKU.
Apakah implikasi dari kejadian berdarah di UPSI itu adalah wajah sebenar sebuah ketakutan yang mula dirasai di seluruh pelusuk dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)? Jawapannya memang terang dan nyata adalah ‘ya’.
Ketakutan terhadap suara siswa yang boleh mengegarkan negara. Ketakutan dari suara rakyat yang dahagakan sebuah pemerintahan yang bukan sahaja popular malah boleh berusaha meringakan beban rakyat. Ketakutan pada seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim.
Ketakutan-ketakutan inilah yang kian menghantui seluruh benak naluri pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Di tambah lagi, dengan protes pemuda MCA di Pulau Pinang yang keluar parti beramai-ramai.
Makin lama, makin busuk tembelang dihidu oleh rakyat. Makin jauh tarikh pilihanraya makin parah berbarah yang harus ditelani oleh seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Kehancuran mula menjelma dan atas dasar kehancuran itulah yang kini membuatkan Perdana Menteri kian runsing dan kecut perut dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Segala daya dan usaha telah dilakukan sehingga fitnah terpaksa disebarkan. Maka dari itu, Perdana Menteri harus bersedia dalam menghadapi tarikh 9 Januari ini dengan cermat. Jika tidak pasti nasibnya akan sama seperti nasib ‘bapa pemusnah bangsa’ yakni Mahathir.
Esei ini bukanlah sebuah esei ugutan, tetapi ia lebih kepada sebuah pencerahan minda. Cuba direnungkan kembali, apakah yang begitu mendesak sehingga polis sanggup memukul dan menangkap sekumpulan mahasiswa yang berdemo menuntut pembebasan AUKU?
Pencerahan yang kedua, mengapa sehingga hari ini tarikh pilihanraya tidak diumumkan oleh Perdana Menteri? Pencerahan yang ketiga, mengapa pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional begitu takut dengan tarikh 9 Januari yang mendatang ini? Dan pencerahan yang terakhir, mengapa pemuda MCA keluar parti beramai-ramai di Pulau Pinang?
Persoalannya sekarang, dari segi apa popularnya Perdana Menteri Malaysia ini? Kawan saya pernah memberitahu saya, Firaun juga popular dan selalu disebut dalam Al-Quran, tetapi popularnya Firaun kerana kejahatannya. Sama seperti Kamal Ataturk di Turki yang juga popular dengan kejahatan yang dilakukannya terhadap Islam.
Dan ramai lagi yang popular kerana kejahatannya seperti, Hosni Mubarak, Ariel Sharon, Benjamin Netanyahud, Benito Musolini, George Bush, W Bush dan ramai lagi. Memang benar semuanya popular di kalangan manusia di dunia tetapi apakah implikasinya terhadap ketamadunan dan kebangkitan sosio kehidupan manusia di dunia ini?
Hanya berbekalkan popular belum tentu menjamin keselamatan kuasa politik seseorang pemimpin. Maka falsafah itulah yang sedang menghantui pemimpin-pemimpin di negara ini khususnya Perdana Menteri dan isteri.
Dan dari situlah segala ketakutan timbul satu persatu mempersoalkan tentang kredibiliti seseorang pemimpin. Sejarah membuktikan, kejatuhan seseorang pemimpin tidak menggira siapakah orangnya dan bilakah waktunya. Semuanya hanya dengan suatu amukan atau kebangkitan rakyat, maka teori domino itu pasti akan berlaku.
Rakyat hari ini sudah bijak mengukur mana yang baik untuk mereka. Kegusaran di hati dan minda pemerintah adalah disebabkan desakan rakyat yang mula muak dengan tipu fitnah pemimpin di Malaysia.
Seorang rakan pernah bertanya kepada saya, apa beza pemimpin Barisan Nasional dengan pemimpin Pakatan Rakyat? Jawapan saya ‘rasuah’. Kawan saya terkejut sambil berkata, rasuah? Saya menyambung, ya pemimpin BN banyak yang ditangkap kerana rasuah tetapi pemimpin PR sehingga hari ini masih bebas dari tuduhan rasuah.
Di Kelantan lebih dua puluh dua tahun pemerintahannya di bawah PAS. Namun sehingga hari ini masih tidak ditemui Menteri Besar, EXCO dan ADUN yang ditangkap atau dituduh di bawah tuduhan rasuah secara sah. Tidak seperti di negeri-negeri yang diperintah atau pernah diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Perkara itulah yang membuatkan rakyat mulai sedar akan hakikat sebuah pemerintahan yang pincang. Sehingga lembu dan kondominium pun sudah tidak dapat dibezakan. Maka atas dasar kebangkitan pemikiran rakyat itulah yang membuatkan pemerintah di Malaysia hari ini menjadi takut dan cuak berhadapan dengan realiti semasa.
Popular semata tidak menjamin seseorang itu akan kekal selamanya ditampok teratas kuasa pemerintahan.
Sebuah tamadun yang berjaya adalah berdasarkan pembangunnya bukan berdasarkan pemerintah atau ketuanya. Pembangun itu adalah manusia yang digelar warganegara yakni rakyat. Untuk mencapai sebuah ketamadun yang maju, maka rakyatnya perlu maju dari sudut apa sekalipun yang baik di sisi kebenaran dan buruk di sisi kepalsuan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Najib, Kalau Betul Popular Kenapa Masih Takut?"
Leave a reply