PAS Pontian Miliki Skuad Perubatan Alternatif
Posted by Unknown on 18 Januari 2012 | 0 komen pembaca
PONTIAN, 18 Januari 2012 – PAS Kawasan Pontian telah menubuhkan Skuad Perubatan Alternatif dan berjaya mengadakan khidmat itu di sekitar daerah Pontian.
Menurut Naib Ketua Pemudanya, Ustaz Muhammad Nazar, program yang diadakan itu berjaya dianjurkan dengan kebanyakan pengunjungnya adalah terdiri daripada warga emas, golongan wanita dan sebagainya.
”Program itu dijayakan oleh beberapa orang doktor Homeopathy, Pengamal Perubatan Islam As-syifa’ dan Pengamal Urutan Refleksiologi.
”Disamping itu, program ini turut memberi khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan terutamanya bagi pengidap penyakit kronik,” jelas beliau lagi.
Katanya lagi, program itu juga akan diteruskan setiap minggu sebagai tanda prihatin dan bagi menyampaikan sumbangan kebajikan kepada penduduk di Parlimen Pontian.
Tambahnya lagi, ada dikalangan pesakit yang ditemui menyatakan penghargaan kepada PAS Pontian atas usaha murni itu dengan mengadakan rawatan perubatan secara percuma sebagai alternatif dari yang sedia ada.
”Minggu lepas kami berada di kampung Parit Sikom. Alhamudillah sambutan memberangsangkan dan ada yang menyatakan khidmat ini ada sedikit kelainan dengan tempat lain.
”Inilah antara sumbangan yang dapat kami berikan kepada masyarakat dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Rawatan Perubatan Alternatif secara percuma di Taman Saujana, Jalan Parit semerah, Pontian, dekat sini, baru-baru ini.
Program ini juga telah melibatkan tiga sayap utamanya iaitu Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Nisa’ Kawasan Pontian.
Kira-kira 50 orang pengunjung telah berpeluang mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma itu.
Hadir sama, Dr. Mumazaini Misri, Timbalan Yang Dipertua, Prof Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pulai Sebatang.
Sumber : ibn_bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAS Pontian Miliki Skuad Perubatan Alternatif"
Leave a reply