BlogList Malaysia

Selatan Online

Perlukah Umno Dengan Undi Kaum Cina?

Posted by Unknown on 17 Januari 2012 | 0 komen pembaca


Saya ada membaca satu berita yang disiarkan dalam Malaysiakini yang memaparkan satu kenyataan yang telah disebut oleh Ahli Parlimen Pulai iaitu Datuk Nur Jazlan bin Mohamad bahawa sokongan Pengundi Cina masih utuh dan mereka akan tetap memberikan sokongan mereka kepada Umno dan Barisan Nasional di Johor.

Beliau yakin kerana ia berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan di Parlimen beliau yang menunjukkan bahawa sokongan masyarakat Cina masih lagi bersama dengan BN.

Saya menghormati kenyataan beliau namun ia mungkin berdasarkan kepada jumlah peratusan undi kaum Cina yang tinggi di Parlimen Pulai. Dengan peratusan undi kaum Cina sebanyak 40% sudah tentu Datuk Jazlan tidak boleh 'main-main' dengan kuasa undi kaum Cina dalam menentukan calon yang akan menang.

Tanpa undi kaum Cina maka BN sukar untuk menang lebih-lebih lagi rakan kongsi Umno dalam BN yang mewakili kaum Cina iaitu MCA dan Gerakan semakin terpinggir dalam politik kaum Cina. Datuk Jazlan sebenarnya sedar bahawa PRU yang akan datang ini cukup rumit dan berliku untuk masa depan politik Umno/Bn yang masih belum cukup kukuh untuk menghadapi pilihanraya.

Kenyataan Jazlan juga sangat jauh berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang sebelum ini cukup bongkak dengan menyebut bahawa Umno tidak perlukan undi kaum Cina dalam Persidangan Tahunan Umno pada tahun lalu. Kenyataan bongkak ini telah memberikan satu gambaran bahawa Umno tidak gentar jika masyarakat Cina tidak bersama dengan BN kerana Umno yakin bahawa tanpa undi kaum Cina, BN masih boleh berkuasa.

Berbeza di Parlimen Kluang, undi kaum Cina cukup penting kepada parti politik yang menyertai pilihanaraya. Menolak undi Cina bermakna menolak kemenangan dalam pilihanraya. Jika dilihat trend dalam PRU yang lalu, Parlimen Kluang adalah di antara kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Cina yang tinggi. Untuk rekod, Umno hanya berjaya meletakkan calon pada tahun 2004 di Kluang apabila persempadanan Parlimen berjaya mewujudkan Dun Mahkota dengan majoriti pengundinya adalah kaum Melayu sebanyak 52% jumlah pengundinya.

Persempadanan ini juga teah membuka ruang kepada PAS untuk meletakkan calon di Mahkota walaupun sebenarnya PAS telah pun berada dalam posisi kehadapan dalam meletakkan calon di Kluang apabila Tuan Haji Afdzoul Tulos telah bertanding di atas tiket PAS pada tahun 1978 dan PAS juga telah meletakkan dua calon pada PRU tahun 1986 dengan meletakkan Tuan Haji Abu Hassan sebagai calon Parimen dan sdr Kamal Liang Abdullah sebagai calon bagi kerusi Dun Mengkibol. Sejarah penyertaan PAS di Kluang berterusan pada tahun 2004 dan 2008 dengan meletakkan calon Khairul Faizi bin Ahmad Kamil bagi kerusi Dun Mahkota.

PAS mengakui bahawa tanpa undi kaum Cina dan kaum India maka PAS yang bergabung dengan Pakatan Rakyat sukar untuk memenangi kerusi DUN Mahkota. Sebab itu, PAS melaksanakan program dan aktiviti tanpa mengira kaum dan agama kerana itu adalah ajaran daripada Al-Quran yang mahukan umat Islam berlaku adil kepada semua.

Bagi menghadapi Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, PAS Kluang akan meneruskan aktiviti bertemu dengan masyarakat Cina sebagai tanda persaudaraan dan muafakat dalam satu perpaduan kaum yang lebih telus dan tulus. Saya akan muat naik aktiviti-aktiviti berkenaan dalam blog ini pada masa akan datang.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang
16 Januari 2012.
Taman Sri Kluang.

Sumber : YDP PAS Kluang

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Perlukah Umno Dengan Undi Kaum Cina?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini