BlogList Malaysia

Selatan Online

Usaha PAS Pontian berhasil,Kes Pencerobohan Perairan SELESAI

Posted by Unknown on 6 Januari 2012 | 0 komen pembaca


PONTIAN, 6 Januari 2011 – Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Pontian menyatakan syukur kepada Allah SWT berikutan kes 6 nelayan dari daerah ini yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu telahpun berakhir setelah dibebaskan semalam dengan diberi pengampunan oleh Presiden Susilo 24 Disember seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian 5 Januari 2012.

Menurut Naib Ketuanya, Ustaz Muhammad Nazar, pada pertemuan keluarga mangsa oktober lepas bersama Y.B Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan bahawa pihaknya bersetuju membantu mereka yang ditahan itu dengan kadar kemampuan yang munasabah.

Menurutnya lagi, walaupun ia melibatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara namun dengan usaha kecil itu sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa PAS amat prihatin kepada masalah rakyat.

”Kita ucapkan tahniah kepada keluarga mangsa diatas pembebasan itu yang berjuang begitu lama. Kami sudah mengusahakan sekadar yang termampu. Berkat doa dan kesungguhan daripada pelbagai pihak, Allah izinkan dan terima doanya, alhamdulillah” ujarnya lagi sewaktu dihubungi Mtd-Benut.blogspot.com semalam.

Pada 23 Oktober 2011, Portal berita ini melaporkan pertemuan antara Ir Khalid Samad dengan keluarga nelayan terbabit berlangsung dengan suasana mahabbah dan harmoni.

Pada pertemuan itu juga, sumbangan berupa barang keperluan harian telah disumbangkan PAS Kawasan Pontian.

Difahamkan, seramai tujuh nelayan yang ditahan sejak Mac tahun lepas telah dihukum penjara dua setengah tahun dan dua bot mereka dirampas oleh Mahkamah Bengkalis, Indonesia.

Kesemua nelayan itu turut diarah membayar RM350 (Rp1 juta) setiap seorang dan jika gagal akan dipenjara.

Sumber : ibn_bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Usaha PAS Pontian berhasil,Kes Pencerobohan Perairan SELESAI"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini