BlogList Malaysia

Selatan Online

Laluan PR Ke Nusajaya Makin Mudah Dengan Adanya Highway Baru

Posted by Unknown on 27 Februari 2012 | 0 komen pembaca


NUSAJAYA – Pakatan Rakyat (PR) dilihat kian hampir menjejakkan kaki ke Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Nusajaya yang menempatkan Pejabat Menteri Besar Johor bagi menerajui negeri berjolokan ‘kubu kuat Umno’ itu.

Hal ini kerana banyak petanda dan alamat yang dahulunya berlaku di bahagian Utara dan Pantai Timur Semenanjung pada sekitar 80-an, kini terjadi di negeri ini.

Terbaru, insiden kekecohan pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di Sembrong, Ahad lalu nyata menguatkan lagi ramalan tersebut.

Disamping itu, UMNO dipercayai semakin tertekan ekoran kemunculan ‘orang Besar’ yang didakwa akan berpaling tadah sebelum PRU nanti seperti laporan Ibn bacoks semalam.

Dalam pada itu, semangat untuk menawan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri turut dirasakan berikutan ura-ura laluan Lebuh raya Pesisir Pantai yang menghubungkan bandar raya Johor Bahru-Nusajaya bakal beroperasi sepenuhnya April ini.

Difahamkan, laluan tanpa tol sepanjang 14.6 kilometer akan dimanfaatkan lebih 60,000 hingga 120,000 pengguna pada satu-satu masa dan mempunyai tujuh susur keluarnya.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang bertanggungjawab menyelenggarakan lebuh raya baru ini, sedang menunggu kelulusan pembukaan lebuh raya itu daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Laluan PR Ke Nusajaya Makin Mudah Dengan Adanya Highway Baru"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini