BlogList Malaysia

Selatan Online

Penguasa Kuil dan Penduduk Bakal Bertemu?

Posted by Unknown on 13 Februari 2012 | 0 komen pembaca


SIMPANG RENGGAM,13 Februari 2012 – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung gangguan asap dari tempat ibadah yang didakwa mengganggu
ketenteraman orang ramai dengan membabitkan Pengusaha Kuil di Dun Layang-layang, di
sini.

Usaha ini dilakukan, kerana dibimbangi kejadian yang tidak diingini berlaku dan sebarang unsur yang boleh membawa kepada perbalahan kaum perlulah dielakkan.

Menurut Ketuanya Suhaizan Kaiat, setelah menerima aduan daripada penduduk, pihaknya
terus mengadakan pertemuan dengan Pengusaha Kuil terbabit dan akhirnya kata sepakat diperolehi supaya perbincangan kedua belah pihak diadakan dalam masa terdekat ini.

“Baru selesai jumpa Pengurus kuil di Layang-layang. Ada komplain daripada penduduk.

Akhirnya bersetuju buat pertemuan Muhibah kedua-dua kumpulan.

“Komplen pasal kuil itu ganggu penduduk. Asap kuil ganggu penduduk,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ibn_bacoks difahamkan, isu ini sepatutnya dikemukakan kepada Majlis Daerah Simpang
Renggam, namun ia ditangguhkan kerana dipercayai Suhaizan mampu mencari penyelesaian
ekoran pertemuan muhibbah itu nanti.

“Mengikut jadual saya akan bertemu dengan pihak Majlis Daerah Simpang Renggam pagi ini

berkaitan isu aduan kuil dilayang-layang. Pihak kuil setuju untuk pertemuan muhibbah maka saya tangguhkan dahulu pertemuan.

“Kita buat pertemuan muhibah dahulu. Jika gagal baru rujuk pada Majlis Daerah. Tapi saya
yakin mampu didamaikan,” ujar beliau menerusi laman rasmi facebooknya.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Penguasa Kuil dan Penduduk Bakal Bertemu?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini