BlogList Malaysia

Selatan Online

Gerakan ‘TANAH’ Bakal Dilancarkan

Posted by Unknown on 22 Mac 2012 | 0 komen pembaca


SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) membayangkan satu organisasi bakal dibentuk bagi menyuarakan masalah tanah yang dihadapi rakyat negeri ini dalam jangka masa terdekat ini.

Menurut Ketuanya, Suhaizan Kaiat, masalah tanah merupakan isu yang bersifat merata dan di semua daerah dalam negeri ini tidak terlepas dari berhadapan dengan situasi sedemikian.

”Ia meliputi isu pemilikan, isu penguatkuasaan isu salah guna kuasa, isu rasuah, isu pembangunan tanah dan lain-lain.

”Gerakan yang dipanggil nama Gabungan Selamatkan Tanah Johor (TANAH) akan dibentuk bagi melaksanakan agenda tersebut,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu tanah Johor di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, di Taman Renggam Jaya, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Mohd Faizul, Naib Ketua Pemuda Negeri dan Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Pemuda Negeri.

Sementara itu, jelasnya lagi banyak isu yang membabitkan tanah telahpun disuarakan oleh pihaknya mahupun pimpinan tertinggi PAS negeri nyata memberi respon yang baik daripada mangsa yang ditindas.

Malah, pelbagai usaha telah dilakukan selain turun padang untuk mengenal pasti permasalahan sehinggalah ke peringkat menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor di pejabatnya di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya.

”Banyak isu di Johor ini yang membabitkan tanah seperti di Pasir Gudang, di Kampung Plentong Tengah. Di Pulai yang membabitkan tanah SEDC, di Muar, Tanah laut di Sungai Balang dan banyak lagi berjaya diketengahkan.

”Justeru, saya mengharapkan kepada Ketua-ketua Pemuda di peringkat Kawasan supaya dapat mengumpulkan maklumat berkaitan. Kemudian kita akan aturkan satu pertemuan besar-besaran, mungkin hujung bulan ini dengan mengumpulkan mangsa-mangsa yang tertindas dalam satu tempat,” ujarnya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Gerakan ‘TANAH’ Bakal Dilancarkan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini