BlogList Malaysia

Selatan Online

Pantau Projek Sebagai Langkah Awal

Posted by Unknown on 6 Mac 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibnu_Bacoks

JOHOR BAHRU – Masalah yang dihadapi kira-kira 100 pengadu yang juga merupakan pembeli rumah di Taman Desa Kempas di sini, beransur-ansur menunjukkan perubahan positif apabila Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Kempas akan membuat pemantauan di lokasi pembinaan setiap dua minggu sebagai tindakan diperingkat awal.

Menurut penyelianya, Suhaizan Kaiat, usaha ini dibuat bersama Jawatankuasa Bertindak perumahan berkenaan adalah bagi memastikan pemaju berjaya menyiapkan projek yang dijanjikan.

Difahamkan, para pengadu mendesak pemaju menyiapkan kediaman mereka kerana mendakwa sehingga 12 tahun menunggu keadaannya tetap sama tanpa sebarang perubahan.

Penantian ini sudah pasti membosankan meskipun rumah yang hampir 90 peratus siap itu kini melalui proses kerja akhir, namun tempoh sebulan yang diberikan oleh pemaju bukan satu jaminan.

Dalam pada itu, para pengadu bercadang untuk membawa masalah mereka ke persidangan parlimen untuk bertemu dengan menteri yang bertanggungjawab jika pihak pemaju gagal menunaikan janjinya.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pantau Projek Sebagai Langkah Awal"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini