Penyokong Pakatan Rakyat Terima SMS Ugutan
Posted by Unknown on 20 Mei 2012 | 1 komen pembaca
JOHOR BAHRU – Satu lagi siri provokasi diterima oleh penyokong Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila dua ahli PKR Cabang Pengerang menerima dua pesanan khidmat ringkas (SMS) berbaur ugutan.
Tindakan tidak bertamadun itu diterima daripada individu yang tidak dikenali dipercayai mempunyai hubungan dengan kegiatan mereka dalam isu bantahan mengenai pengambilan tanah yang hangat di Pengerang, Kota Tinggi.
Kedua-dua SMS itu telah ditinggalkan kepada Yahya Mas Piie, Naib Pengerusi PKR Cabang Pengerang dan Taufiq Tahir, Setiausaha PKR Cabang Pengerang pada ahad lalu jam 12.48 tengah malam daripada dua nombor yang berlainan.
SMS itu berbunyi : Ini aktiviti UMNO, jangan buat kacau, kalau tak majlis Anwar 25 Mei ini akan huru-hara dan kalau nak rumah kau kena bakar malam esok, cubalah buat sabotaj malam esok.
Yahya dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, dia berharap perkara ini disiasat segera kerana bimbang keselamatan diri.
Sementara itu, Taufiq turut dilaporkan berkata, dia menganggap SMS tersebut sebagai provokasi untuk menakut-nakutkan mereka.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Provokasi UMNO atau Temberang ko???? Maner report polis??? Tunjukkan no handphone yg ugut tuh, mcmlah tak boley nak check. Takder cerita nak buat cerita. Aku cabar dlm mase 24 jam nih tunjukan bukti SMS & report polis tuh!! Kalau tak, cerita ko nih temberang & dusta. Buat fitnah jijik kpd UMNO.