APA SUDAH JADI DENGAN HARI KEMERDEKAAN DI JOHOR?
Posted by Unknown on 31 Ogos 2012 | 1 komen pembaca
Dataran Bandaraya Johor Bahru, Pulai – Malam tadi tepat jam 12 tengah malam, maka genaplah usia 55 tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bernama Malaya daripada penjajahan kolonialis British yang meninggalkan Negara ini secara bertulis dan bersyarat. Rata-rata rakyat amat bersyukur dengan nikmat keamanan dan kejayaan yang dikecapi serta sepatutnya ucapan terima kasih itu disampaikan kepada kesemua pejuang kemerdekaan tidak kira sama ada berhaluan kanan mahupun kiri yang mengorbankan harta dan nyawa demi kemerdekaan sebuah negara bernama Malaya dan Malaysia pada hari ini. Al-Fatihah buat mereka semua di atas jasa & bakti yang telah ditaburkan.
Namun, ulangtahun kemerdekaan kali ke-55 tahun ini, sambutan rakyat kepada hari kemerdekaan negara terutamanya di Johor (yang termasuk dalam Persekutuan Malaya) adalah yang paling mendukacitakan dan hambar. Rakyat seperti tidak endah lagi dengan hari kebangsan Negara ini. Tiada lagi kenderaan ringan yang memasang bendera seperti 5- 10 tahun yang lalu, di mana sekurang-kurangnya 4 daripada 10 kereta memasang bendera, tahun ini hanya segelintir sahaja yang ada. Tiada lagi kenderaan berat termasuk ‘lori hantu’ dan lori pasir yang meletakkan jalur gemilang besar di cermin sisi kenderaan mereka. Premis-premis perniagaan dan perumahan awam sepertinya layu dan tidak mempedulikan tarikh keramat ini sehingga terpaksa dirayu bagi menaikkan jalur gemilang di bangunan masing-masing.
Malah apa yang lebih pelik, pihak berkuasa tempatan (majlis-majlis daerah) seperti MBJB dan MPJBT juga hanya menaikkan sebahagian kecil sahaja bendera di sepanjang jalan utama di Skudai, Jalan Tun Razak dan Jalan Tebrau, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang meriah dengan jalur gemilang & bendera Johor yang di pasang di sekeliling jalan-jalan utama ini dengan bendera yang dipasang secara rapat. Apakah yang telah berlaku ini? Apakah ini tanda protes atau boikot? Apakah rakyat Malaysia sudah hilang jati diri sebagai rakyat Malaysia? Apakah ekonomi rakyat semakin merudum sehinggakan tidak mampu lagi untuk membeli sehelai bendera? Atau apakah rakyat sudah semakin bosan dengan retorik pemerintah yang penuh kontroversi terutamanya berkaitan dengan tema, logo dan lagu sempena kemerdekaan tahun ini?
Perkara ini akhirnya diterjemahkan kepada sambutan di ambang Hari Kemerdekaan 2012 di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi. Sambutan yang sangat DULL, hambar dan membosankan. Laluan menghala menuju ke Pusat Bandaraya LENGANG dan ia menjadi sangat selesa kerana tiada kesesakan trafik. Tiada lagi kenderaan berkonvoi secara ramai membawa jalur gemilang. Tiada lagi anak-anak muda bermotorsikal membawa bendera Malaysia. Tiada lagi pertunjukan bunga api yang meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun, sekalung ucapan terima kasih wajar diberikan kepada peserta JANJI DEMOKRASI seramai hampir 1000 orang yang mengambil tempat membuat pengisian malam merdeka di Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi. Tanpa kelibat mereka, sambutan malam merdeka di Johor Bahru tidak akan berlaku.
Di satu sudut, kita melafazkan rasa bersyukur kerana tiada lagi pesta maksiat dan pesta anak luar nikah di malam ambang merdeka, namun hakikatnya rakyat semakin tidak peduli tentang apa pengertian sambutan Merdeka kerana pengisian pemerintah sebelum ini yang HANYA menjurus kepada pesta maksiat dan konsert yang melalaikan. InsyaALLAH, tahun hadapan JIKA PAKATAN RAKYAT memerintah Johor dan Malaysia, kita akan suburkan Malam Sambutan Hari Kemerdekaan Negara di Dataran Bandaraya Johor Bahru dengan majlis-majlis ilmu, solat hajat dan bermunajat kepada ALLAH, bacaan tahlil & majlis Zikrullah buat semua pejuang tanahair, majlis kebudayaan dan kesenian Islam serta malam mengenang jasa PEJUANG-PEJUANG kemerdekaan Negara yang telah kembali kepadaNYA. Semoga impian ini akan terlaksana jua dengan izin dariNYA.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA daripada kami di Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai (DP3). Semoga sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 pada tahun hadapan akan kita sambut dengan Jiwa, Rasa dan Jati Diri RAKYAT yang benar-benar MERDEKA. SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA.
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Mana sampai 1000 org.. Yg baju kuning perasan je ramai pdhal baru 160 org yg lain2 tgkan drpd jauh.. Bkn sambutan ambang merdeka di danga bay ke? Jgn kelirukan fakta brader