BlogList Malaysia

Selatan Online

Dialog Berjaya Perjelas Isu Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam

Posted by Unknown on 8 September 2012 | 1 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Dialog Negara Berkebajikan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan kerjasama Nusajayakini bersama masyarakat bukan Islam yang dihadiri kira-kira lebih 20 wakil NGO Berjaya memperjelaskan isu hudud yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini.

Masyarakat bukan Islam khususnya Kaum Tionghua yang hadir dalam dialog tersebut diberi penjelasan yang mendalam serta membuka minda mereka terhadap undang-undang hudud yang dianggap tidak wajar dilaksanakan di Malaysia oleh UMNO.

Dalam dialog berkenaan, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Doto’ Dr. Mahfodz Mohamed berkata, “ Dalam isu hudud, masyarakat bukan Islam perlu faham bahawa mereka diberi pilihan untuk memilih sama ada perlaksanaan undang-undang hudud di kenakan ke atas mereka atau mereka boleh teruskan dengan undang-undang sivil.

“Isu hudud ini, Mahathir pun tak berapa faham. Sebenarnya rakan non-muslim ada hak masing-masing. Dalam ajaran Islam,Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain.”

“PAS tidak bimbang sokongan yang diberikan oleh masyarakat Cina dan Kaum Tionghua, yang kami (Pakatan Rakyat) bimbang adalah pemikiran orang Melayu yang masih tidak mahu berubah.” Katanya lagi.



Beliau turut mengulas tentang isu pendidikan yang diutarakan oleh peserta yang hadir. Katanya, “PAS dan Pakatan Rakyat berpegang pada prinsip bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi Negara kita Malaysia dan tidak ada halangan untuk kaum lain untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing.”

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa PAS amat menitik beratkan soal pendidikan bermula daripada pendidikan awal sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Dalam dialog yang sama, turut memberi ucapan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Naib Presiden PAS, YB Salahudin Bin Ayub, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Negeri Johor (DHPP), Saudara Hu Pang Chow, Dr. Dzulkefly Bin Ahmad dan Saudara Suhaizan Kaiat.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Dialog Berjaya Perjelas Isu Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam"

  1. Unknown says:

    tahniah pas kerana menjelaskan hukum kpd kaum lain..Umno plk cuba menakut2 dgn bahaya hukum Allah ini!

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini