Himpunan Hijau Lestari Pengerang: 50 Ribu Risalah Diedar
Posted by Unknown on 27 September 2012 | 0 komen pembaca
PENGERANG: Sebanyak lima puluh ribu risalah telah diedarkan kepada orang ramai untuk mempromosikan Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang akan diadakan pada 30 September 2012 bertempat di Sungai Rengit, Pengerang.
Menurut Pengerusi Himpunan Hijau Lestari Pengerang, Saudari Anis Afida Binti Mohd Azli, pengedaran risalah tersebut telah dilakukan di kawasan bandar bahagian selatan semenanjung supaya lebih banyak rakyat mengetahui kesusahan penduduk Pengerang.
"Dengan bantuan daripada DAPSY Johor, sebanyak lima puluh ribu risalah telah kita edarkan kepada orang ramai untuk mempromosikan himpunan pada hujung minggu ini"
"Kita berharap dengan pengedaran risalah ini terutamanya di kawasan bandar bahagian selatan semenanjung akan menyedarkan mereka situasi yang berlaku di Pengerang ketika ini sehingga mereka dapat bersama-sama dalam himpunan hujung minggu ini", ujar beliau lagi.
Penganjur himpunan juga menurut beliau lagi turut menyeru peserta himpunan membawa bersama Jalur Gembilang untuk menunjukan kecintaan terhadap tanah air, dan tidak sanggup melihat tanah air kita dicerobohi atas nama pembangunan.
Selain itu, menurut beliau lagi, penganjur juga menyeru semua pihak yang berkenaan tiba ke tempat berhimpun seberapa awal yang boleh pada 30 September, untuk mengelakan kesesakan lalulintas.
Peserta yang ingin bermalamdi Pengerang juga boleh menghubungi Ms Seng (014-6150415), Ms Goh (013-7090881), Mr Chua (013-7241409) dan Mr Sim (019-7936966).
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Himpunan Hijau Lestari Pengerang: 50 Ribu Risalah Diedar"
Leave a reply