BlogList Malaysia

Selatan Online

Isu Pengerang : Pakatan Rakyat Tubuh MANTAP Bantu Penduduk

Posted by Unknown on 14 September 2012 | 0 komen pembaca


PULAI : Menteri Besar Johor ,Dato Ghani Othman sekali lagi didesak oleh masyarakat untuk menjelaskan tentang realiti yang berlaku pada tanah masyarakat Johor yang sememangnya sudah diketahui ramai isu ini semakin kritikal dan membarah.

Menurut Naib Presiden PAS, YB Sallehuddin Ayob dengan mengambil inisiatif serius terhadap isu tanah ini,ditambah lagi dengan isu terkini berkenaan projek (RAPID) Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia yang semakin galak dijalankan. Pimpinan PAS pusat dan bersama pimpinan PAS Johor bersetuju menggerakkan satu task force khusus yang bertujuan untuk membela tanah rakyat secara fokus, dan diberi nama MANTAP.

“MANTAP adalah merupakan satu manifestasi perjuangan yang akan terus mendesak kerajaan dalam memperjuangkan hak rakyat terhadap isu tanah ,dengan mengambil isu projek RAPID yang menelan hampir 68 billion. Projek ini melibatkan seramai 25,000 penduduk merangkumi 10 kampung yang dipaksa untuk berpindah . Kebanyakan mereka ini terdiri daripada masyarakat nelayan, implikasi negatif projek ini pada masyarakat ialah hilangnya punca pencarian seharian meraka sebagai nelayan, musnahnya sesebuah sosiobudaya yang telah lama bertapak diperkampungan tersebut.”

“Gelombang MANTAP ini pastinya akan mendapat perhatian dan sokongan daripada NGO-NGO lain dan saya pasti dan yakin, isu ini pastinya akan kami heret ke muka pengadilan,”tegasnya dalam kenyataan beliau.

Tambahnya lagi MANTAP akan mendasari pada matlamat penubuhannya iaitu akan mengangkat isu pengambilan tanah Pengerang ke peringkat nasional dan internasional. Menjadi badan yang akan mengkoordinat setiap isu yang melibatkan tanah rakyat dan menjadi perantara rakyat dan kerajaan johor. Memastikan pembelaan yang sewajarnya pada penduduk setempat dan memastikan pembangunan seiring dengan tidak mengganggu punca pencarian mereka.

Menurut pengerusi NGO Pengerang Cik Anis Afida Binti Azli, beliau merujuk majalah holistik yang merupakan lidah rasmi MB Johor yang menyentuh tentang janji MB kepada rakyat iaitu jaminan kepada mereka untuk tidak dipindahkan selagi rumah tidak disiapkan. Sememangnya janji ini dicabuli oleh mereka dan ada penduduk disitu menerima ugutan daripada pimpinan mereka sendiri.

Rentetan akan usaha perjuangan ini, pada 16hb September 2012 akan diadakan satu himpunan penduduk yang akan disertai oleh penduduk Pengerang sendiri dalam memberi mesej kepada pemimpin dan kerajaan Johor akan bantahan rakyat terhadap rampasan hak yang berlaku.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Isu Pengerang : Pakatan Rakyat Tubuh MANTAP Bantu Penduduk"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini