BlogList Malaysia

Selatan Online

Kenyataan Rasmi: Reaksi mengenai Projek Terminal Gas Asli Cecair di Pengerang

Posted by Unknown on 18 September 2012 | 0 komen pembaca


Saya berasa amat terperanjat dan kecewa mengenai pengumuman Projek Terminal Gas Asli Cecair (LNG) di Pengerang oleh PEMANDU di taklimat Program Transformasi Ekonomi pada 13hb September 2012.

Ucapan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dialog Encik Ngau Boon Keat di taklimat tersebut amat megelirukan.

“Kampung Nelayan” bermaksud “kemerosotan”?

Pertama sekali, Ngao berkata “sekiranya tiada pembangunan di Pengerang, ia masih sebuah kampung nelayan selepas seribu tahun”. Beliau membandingkan “pembangunan” dengan “kampung nelayan”, maksudnya kampung nelayan bererti “kemerosotan”, pembandingan ini merupakan fitnah yang serius terhadap komuniti dan rakyat yang terlibat dalam perikanan di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pernah berkata pada 27hb Ogos 2012 bahawa, hasil keluaran akuakultur Malaysia tahun lalu adalah 287,057 tan, nilai ekspot mencapai RM25 billion, serta merancang untuk meningkatkan hasil akuakultur ke 790,000 tan dan nilai ekspot sebanyak RM32 bilion pada tahun 2020.

Kemerosotan sesebuah komuniti tiada kaitan dengan kegiatan pertanian di situ, kunci pembangunan terletak di tangan kerajaan tempatan, sama ada rancangan pembanguannya dapat meningkatkan nilai hasil kegiatan pertanian masyarakat tempatan.

Jikalau En. Ngao berpendapat bahawa kampung nelayan di Pegerang tiada pembangunan, adakah ini bermakna secara tidak langsungnya beliau mengaku bahawa kerajaan BN tidak pernah membangunkan kawasan kubu kuat mereka sejak kemerdekaan negara ini?

Perdana Menteri Najib Tun Razak harus menjelaskan pendiriannya, adakah beliau bersetuju dengan pendapat dan pendirian Ngao?

Sekiranya ia cuma merupakan pendirian Ngao sendiri, mengapakah pihak PEMANDU membenarkan beliau memberi ucapan sebegini?

Sekiranya kerajaan bersetuju dengan pendirian Ngao, Kementerian Perdana Menteri harus memberi penerangan yang munasabah kepada kesemua nelayan di Malaysia, terutamanya mereka yang melibatkan diri dalam bidang perikanan berabad-abad lamanya di Pengerang.

Kekeliruan antara “Pampasan” dan “Sagu hati”

Ngao berkata di taklimat tersebut, “kami telah memberi pampasan sebanyak RM30 ribu melalui kerajaan negeri, kepada nelayan yang memegang lesen perikanan, dan RM15 ribu kepada meraka yang tidak berlesen, disamping itu, kerajaan negeri juga akan membina rumah kepada mereka.”

Saya berasa ucapan Ngao sungguh mengelirukan.

Saya pernah membangkitkan soalan ini pada 14hb Jun 2012 ketika Ucapan Penangguhan Parlimen. Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri SK Devamany berjawab bahawa, hingga di setakat ini tiada bayaran pampasan yang dilakukan tetapi bayaran dalam bentuk sagu hati telah dibayar atas dasar terjejasnya mata pencarian pihak nelayan. SK Devamany juga mengingatkan saya tentang perbezaan di antara bayaran pampasan dan sagu hati di dalam jawapan beliau.

Jelas sekali penyata SK Devamany dan Ngao bercanggah satu sama lain, Jabatan Perdana Menteri patut memberi penerangan sama ada ucapan Ngao benar atau tidak.

Jika jawapannya tidak, adakah Ngao telah menipu kerajaan persekutuan?

Jika jawapannya betul, maka ini membuktikan SK Devamany telah memberi jawapan palsu di Dewan Rakyat dan mengakibatkan kekeliruan dengan kelakuan beliau yang mengelirukan, ini telah melanggar perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mencadangkan supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Pembangunan lestari

Menurut Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani, majalah Kerajaan Negeri Johor “Holistik” pernah menyatakan di muka surat ke-3 edisi bulan April bahawa “keperluan minyak dunia akan memuncak mulai tahun 2016 dan berterusan hingga tahun 2032. Oleh itu, pelaburan yang perlu dibuat di Pengerang hendaklah dimulakan sekarang.”

Menurut kenyataan di atas, Abdul Ghani harus memberi penerangan bahawa, suatu projek pembanguan perindustrian yang hanya akan berlangsung selama 16 tahun, serta kegiatan perikanan yang boleh berlangsung berabad-abad lamanya atau lebih lama lagi, yang mana satu boleh membawa manfaat jangka panjang kepada masyarakat Pengerang?

Abdul Ghani juga patut memberi penerangan, sejak projek penambakan laut di Sg. Kapal bermula sampai sekarang, tiada penempatan baru yang pernah diaturkan untuk nelayan yang terjejas, termasuk mereka yang duduk di sepanjang pantai Sg. Kapal, adakah ini merupakan sikap yang betul untuk sebuah kerajaan yang bertanggung jawab?

YB Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri
14.09.2012

Rujukan:

DR 14.6.2012 ms104
“Hingga di setakat ini tiada bayaran pampasan yang dilakukan tetapi bayaran dalam bentuk sagu hati telah dibayar atas dasar terjejasnya mata pencarian pihak nelayan. Yang Berhormat kena tahu apakah itu pampasan dan sagu hati. Proses pampasan tengah dirunding, belum dimuktamadkan.”

Holistik Bulan April ms03
“Mengikut penilaian Petronas, keperluan minyak dunia akan memuncak mulai tahun 2016 dan berterusan hingga tahun 2032. Oleh itu, pelaburan yang perlu dibuat di Pengerang hendaklah dimulakan sekarang. Kita ada kira-kira empat tahun sahaja dalam persiapan merebut peluang berkenaan.”


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kenyataan Rasmi: Reaksi mengenai Projek Terminal Gas Asli Cecair di Pengerang"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini