Kronologi Aktivis PMIUTM Dihalang Dan Dikasari Pro Aspirasi/Rakan HEMA
Posted by Unknown on 5 September 2012 | 1 komen pembaca
SKUDAI, 2 September : Mahasiswa baru mula mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dilaporkan seramai dua ribu lebih mahasiswa baru mula mendaftar dan sebanyak dua sesi pentaftaran diuruskan oleh Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) UTM, iaitu pagi dan petang.
Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) mengambil kesempatan ini bagi menyambut kehadiran mahasiswa baru sebagai tanda berbesar hati dengan kehadiran mereka. PMIUTM mengambil langkah proaktif untuk menyambut mahasiswa baru dengan menunggu ibu bapa yang hadir di hadapan pintu utama UTM.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa insiden yang amat dikesali. Berikut adalah kronologi hari sambutan mahasiswa baru PMIUTM;
7.15 pagi: Aktivis PMIUTM mula berkumpul, dua banner selamat datang kepada mahasiswa baru dan juga tangan besar yang bertulis selamat datang digunakan bagi menceriakan suasana.
7.30 pagi : Kehadiran aktivis PMIUTM mula bertambah, kelihatan juga pimpinan PMIUTM sudah ada bersama aktivis yang lain bagi bersama-sama mengalu-alukan kedatangan mahasiswa baru, seramai lebih kurang 50 orang aktivis PMI berkumpul di hadapan. Beberapa mahasiswa kelihatan sudah sampai namun kereta tidak begitu banyak lagi.
7.45 pagi: Kereta mula bertambah, respon yang baik dari ibu-bapa dan penjaga yang menghantar anak masing-masing. Kebanyakan mereka membunyikan hon, mengangkat lampu tinggi dan juga terut melambai kepada semua aktivis PMIUTM yang berkumpul. Suasana sangat meriah.
8.15 pagi: Kelihatan seorang pengawai keselamatan datang dan meminta mereka beredar dengan kadar yang segera, atas alasan tindakan mereka tidak mendapat izin dari pihak HEMA dan juga terdapat beberapa laporan dan arahan dari pengetua. Kumpulan tersebut patuh dan bersurai secara berperingkat.
8.30 pagi: Separuh dari aktivis PMI mula beredar dan berkumpul dihadapan pintu keselamatan sementara menunggu kenderaan untuk beredar. Beberapa orang rakan HEMA ( mereka yang dipilih oleh HEMA bagi menggantikan MPMUTM yang telah bubar) kelihatan memenuhi kawasan tempat berkumpul tanpa diketahui tujuan sebenar.
8.45 pagi: Kumpulan tersebut bersurai sepenuhnya namun masih ada lagi yang berada di hadapan pintu pagar utama. Kelihatan Timbalan Naib Censelor HEMA turun dan bercakap-cakap dengan mahasiswa. Beliau mengucapkan terima kasih atas usaha PMI dan meminta agar PMI mengunakan saluran yang diberi HEMA untuk promosi persatuan, beliau kemudiannya mengarahkan agar semua ahli PMI beredar dan banner selamat datang PMIUTM yang digantung di luar pagar dicabut. Salah seorang aktivis PMI dibawa dengan menggunakan kereta peronda untuk menanggalkan banner tersebut.
9.00 pagi: Keadaan menjadi sedikit tegang apabila pengawai keselamatan merampas banner yang diarahkan dicabut. Pengawai tersebut bertegang urat dengan salah seorang aktivis PMI yang meminta banner tersebut. Banner tersebut dirampas.
9.15 pagi: Semua aktivis PMI bersurai, kebanyakan menolong rakan mereka di gerai-gerai yang dibuka sepanjang pendaftaran hari pertama.
9.30 pagi- 11.00 pagi : Aktivis PMI diikuti dan diambil gambar oleh krew dan pihak keselamatan, beberapa ahli PMI dihalau secara tidak sopan oleh krew dan rakan HEMA. Berlaku juga beberapa provokasi di gerai-gerai yang ada aktivis PMI oleh krew MTM dan juga rakan HEMA. Provokasi seperti mengepung gerai tersebut dan juga pertanyaan beberapa persolan seolah-olah mereka melakukan kesalahan. Gambar para penggerai yang merupakan ahli PMI diambil oleh krew dan rakan HEMA yag terlibat. Banner-banner PMI yang digantung di dalam UTM juga telah ditanggalkan dan dirampas oleh pihak keselamatan.
11.00 pagi: Seorang aktivis PMI ditangkap oleh rakan HEMA ketika mengambil gambar di sekitar gerai. Rakan HEMA tersebut menariknya dan mengepungnya secara kasar, mereka merampas dan memeriksa kamera aktivis tersebut. Mereka membuang beberapa gambar meraka yang diambil oleh aktivis tersebut.
11.15 pagi: Aktivis tersebut dibawa ke balai keselamatan dan disoal siasat.
11.30–3.00 petang: Soal siasat berlangsung selama tiga jam, aktivis tersebut dibebaskan setelah berlaku beberapa perbincangan diantara aktivis PMI dan juga pihak keselamatan dan HEMA.
Komen dari dari pihak PMIUTM, mereka berasa sangat kecewa dengan tindakan beberapa rakan HEMA dan krew MTM yang boleh disifatkan sebagai lebih sudu dari kuah .
* Kronologi ini dikirimkan oleh aktivis PMITUM kepada pihak Nusajayakini
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
kah3. siapa undi rakan Hema ni? Pengampu Hema je ni. Yang sembang lebat dalam facebook pun tiba2 jadi rakan hema. kah3.