Mazlan Aliman: Pengundi Johor Sedia Berubah PRU-13
Posted by Unknown on 9 September 2012 | 1 komen pembaca
Oleh: Saudara Mazlan Aliman
Sangat berbeza suasana politik di Johor mutakhir ini. Pengalaman Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang hadir dalam Rumah Terbuka ANAK di Felda Bkt Besar, bersarapan pagi dan merasmikan rumah Mak Teh di Felda Taib Andak serta menghadiri Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Johor di Taman Pulai Utama Gelang Patah adalah bukti jelas peningkatan ketara sokongan rakyat kpd PAS.
Kalau dahulu 90 peratus yang datang dalam program PAS adalah penyokong parti sahaja. Namun kini pelbagai lapisan masyarakat termasuk non-muslim turut bersama. Bahkan kecenderungan pengundi atas pagar untuk beralih kepada Pakatan Rakyat menjadi perbualan hangat di sana sini. Ramai yang berhujah BN sudah terlalu lama memerintah. Pemimpin sudah selesa sangat hingga lupa diri.
Rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, gaji tak naik, cukai terlalu banyak, bil api air semakin naik dan berbagai kesempitan hidup yang menyeksakan. Jurang antara pemimpin dengan kian melebar. Pemimpin kaya raya, mewah; manakala rakyat berhempas pulas untuk hidup.
Kehadiran YB Salahudin Ayub, Dato' Tamrin Ghafar, Dato' Chua Jui Meng, En Hu Pang Chow, pemimpin PR Johor yang lain dlm Rumah Terbuka PAS Johor memeriahkan suasana. Keakraban hubungan sangat dirasai. Presiden PAS berucap dengan fakta dan penuh yakin terhadap kemenangan yang dijanjikan Allah.
Ketika saya mengiringi Tok Guru hingga ke kereta, lembut beliau berbisik...PAS Johor ada kelebihan, ada kelebihan. Hati ini menjawab, Insyaallah.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
suka sgt kalau PAS memerintah negeri johor..