BlogList Malaysia

Selatan Online

Peluk Islam di Dataran Bandaraya JB

Posted by Unknown on 29 September 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ummu Aifaa

JOHOR BAHRU: Hampir 7000 orang telah membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru semalam untuk menghadiri ceramah terbuka Dr. Zakir Naik. Beliau yang merupakan seorang doktor perubatan dari Mumbai, India, juga dikenali sebagai seorang pendakwah dan penceramah yang pakar di dalam perbandingan agama. 

Membawa tajuk ceramah ‘Prophet Muhammad SAW in World’s Religious Scriptures’, Dr Zakir Naik, 47, telah menghuraikan tentang kewujudan kisah Nabi Muhammad SAW di dalam kitab Hindu, kitab Buddha serta Bible. “Kebolehan beliau memberikan fakta yang tepat dan jelas bersama rujukan muka surat dan bahagian mana di dalam kitab tersebut sangat mengagumkan,” kata seorang hadirin apabila ditemu ramah. 

Selain dihadiri pengunjung Muslim, ceramah terbuka anjuran Peace TV dan Saba Islamic Media itu juga telah menarik perhatian pengunjung bukan Muslim. Sesi soal jawab di hujung ceramah yang mengutamakan soalan dari hadirin bukan Muslim telah membuka ruang bagi mereka untuk bertanya tentang keraguan mereka terhadap isu yang berkait dengan Islam.

Sesi soal jawab tersebut berakhir dengan sebak dan tangis hadirin apabila menyaksikan Ragu, seorang lelaki yang beragama Hindu, melafazkan syahadah dan memeluk Islam setelah yakin dengan jawapan oleh Dr. Zakir Naik. 

Salah satu soalan yang diajukan kepada Dr. Zakir Naik oleh seorang lelaki beragama Buddha adalah bagaimana seseorang bukan Muslim boleh memahami Islam jika dia tidak dibenarkan memegang Al-Quran. Dr. Zakir menjelaskan bahawa ada segelintir Muslim yang tersalah anggap tentang perkara ini sedangkan Al-Quran itu telah diturunkan untuk semua umat manusia, bukan hanya untuk Muslim. Ini diikuti oleh penyerahan sebuah Al-Quran berserta terjemahan Bahasa Inggeris oleh Dr. Zakir Naik sendiri kepada lelaki tersebut. 

Apabila ditanya tentang Peace TV, Dr. Zakir Naik selaku pengasasnya menyatakan harapan beliau untuk berjumpa dengan pihak Astro Malaysia Holdings Berhad untuk membincangkan kolaborasi Peace TV di dalam saluran TV satelit Astro pada masa akan datang. Peace TV, saluran televisyen alternatif yang menyiarkan program bertemakan Islam dan dakwah, telah pun dilancarkan di Mumbai, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Peace TV juga boleh di akses secara atas talian di www.peacetv.tv.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Peluk Islam di Dataran Bandaraya JB"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini