BlogList Malaysia

Selatan Online

Perbuatan Khianat Simbah Asid Bakal Dibawa Ke SUHAKAM

Posted by Unknown on 2 September 2012 | 0 komen pembaca



PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor memandang serius berhubung kejadian simbah asid yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan membawa perkara tersebut ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Menurut Penyelianya, Syed Othman Syed Abdullah, hal ini dilakukan kerana ia berkaitan dengan jaminan keselamatan yang diminta oleh mangsa.

”Saya juga akan membawa perkara ini kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dibangkitkan dalam sidang Parlimen akan datang. Saya juga mahu berjumpa dengan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Molhtar Mohd Shariff supaya diberi perhatian tentang insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Akhbar sebelum ini melaporkan seramai 50 ahli badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Pengerang melahirkan kebimbangan tentang keselamatan mereka selepas berlakunya dua kes simbahan cat dan sid melibatkan ahli pertubuhan itu sebelum ini.

Naib Pengerusi NGO Gabungan Pengerang, Sim Seng San berkata, pada April lalu, sebuah kedai milik salah seorang ahli mereka turut disimbah cat yang dipercayai berlaku ekoran dia terlibat dalam aktiviti NGO terbabit. ”Perkara itu semakin menjadi-jadi apabila seorang ahli kami turut menerima nasib yang sama, Rabu lalu.



Keretanya telah disimbah cecair dipercayai asid menakala hadapan rumah ibunya turut disimbah cat merah.

”Walaupun mereka membuat laporan Polis, kami tetap khuatir dengan nasib ahli-ahli kami yang lain pula. Kami bimbang dengan keselamatan kerana mana tahu selepas ini, mungkin saya atau ahli-ahli yang lain,” katanya kepada media, di sini yang dipetik Sinar Harian.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Perbuatan Khianat Simbah Asid Bakal Dibawa Ke SUHAKAM"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini