Rapid Pengerang : Belajar Dari Kejadian Di Nusajaya
Posted by Unknown on 19 September 2012 | 0 komen pembaca
GELANG PATAH : Belajar daripada kejadian yang berlaku kepada penduduk beberapa buah kampung di Gelang Patah. Itulah gesaan YB Salahuddin Ayub kepada penduduk Pengerang berkenaan isu yang menimpa mereka ketika ini.
Menurut YB Salahuddin Ayub ketika ucapan beliau di Majlis Jamuan Rakyat anjuran PAS Cawangan Kampung Ladang beliau mengingatkan penduduk Pengerang aagr tidak mudah terpedaya dengan sebarnag janji daripada mana-mana pihak untuk mengambil tanah dan kampung halaman mereka
"Saya bersama rakan-rakan dari NGO MANTAP telah pergi melawat Pengerang. Terdapat 10 buah kampung yang dijangka akan lenyap akibat projek Rapid Pengerang itu. Kampung sungai Kapal sebagai contohnya punya banyak tradisi dan keistimewaan orang Melayu namun tiada jamina kampung tersebut akan kekal lagi di Pengerang"
"Penduduk Pengerang harus belajar daripada apa yang berlaku di beberapa buah kampung di Gelang Patah ini. Pada awal 90-an ketika saya masih menjadi Ketua Pemuda PAS Negeri Johor saya telah turun ke kawasan kampung-kampung di Gelang Patah ini untuk mendengar nasib penduduk yang ditindas. Kampung dan tanah mereka tergadai. Saya tidak mahu nasib yang sama berlaku di Pengerang", ujar beliau lagi.
Menurut beliau lagi, tidak wajar penduduk dipindahkan ke satu kawasan yang tidak ada jaminan masa depan. Sebaliknya, kawasan yang dirancang untuk menempatkan penduduk 10 buah kampung yang akan dipindahkan tersebut seharusnya dibangunkan projek tersebut tanpa menganggu kampung-kampung mereka.
"Saya berasa dukacita apabila ada penduduk Pengerang yang diugut apabila menentang projek ini. Kita bukan anti pembangunan. Sebaliknya pembangunan yang ingin dibuat haruslahmenjaga hak-hak penduduk sekitar dan memberi ekuntugan kepada mereka", tegas beliau lagi.
Sementara itu, YB Salahuddin Ayub telah disambut dengan meriah oleh penduduk sekitar Kampung Ladang ketika Majlis Jamuan Rakyat tersebut. Kehadiran lebih 500 orang penduduk ke majlis tersebut mengambarkan penerimaan baik daripada masyarakat kampung terhadap kepulangan YB Salahuddin Ayub.
Sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan untuk kenduri rakyat ini yang dianjurkan hasil sumbangan penduduk-penduduk kampung bagi merai kepulangan YB Salahuddin Ayub ke negeri Johor
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Rapid Pengerang : Belajar Dari Kejadian Di Nusajaya"
Leave a reply