Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PAS Johor Dihadiri Pelbagai Kaum
Posted by Unknown on 8 September 2012 | 0 komen pembaca
NUSAJAYA - Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah berjaya menganjurkan rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri yang berlangsung di Pulai Utama hari ini.
Majlis yang bermula sekitar jam 10 pagi itu dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden PAS, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan pimpinan-pimpinan PAS Negeri Johor.
Turut hadir ke rumah terbuka ini adalah pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor seperti Dato' Dr. Chua Jui Meng selaku Pengerusi PKR Negeri Johor dan Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP Negeri Johor.
Dianggarkan lebih 4000 hadirin hadir ke rumah terbuka ini yang turut dihadiri masyarakat bukan Islam yang turut sama hadir bagi memeriahkan majlis.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PAS Johor Dihadiri Pelbagai Kaum"
Leave a reply