BlogList Malaysia

Selatan Online

Siasat Akaun EDL – Chua Jui Meng

Posted by Unknown on 11 September 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dato Dr Chua Jui Meng mencabar Dato Chua Tee Yong daripada MCA membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ‘salah dakwa’ ke atas Kerajaan Selangor berhubung isu TALAM.

Jui Meng turut menyelar tindakan Tee Yong dan mencadangkannya agar ‘belajar’ dari Kerajaan Selangor supaya melantik syarikat audit untuk menyiasat akaun pembinaan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) oleh kontraktor syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Dato Chua Jui Meng berkata, Dato Chua Tee Yong wajib mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik sebuah syarikat audit antarabangsa bagi tujuan tersebut.

“Jikalau Chua Tee Yong tidak berani mencadang kepada Najib, lebih baiklah dia diam sahaja, jangan cakap banyak-banyak” lapor akhbar Oriental Daily yang dipetik Facebook Keadilan Johor.

Dato Chua Jui Meng berkata, meskipun dengan pengumuman seorang Menteri berhubung pengambilalihan EDL bagaimanapun ia mengundang ketidakadilan kepada para pengguna kerana pengumuman itu harus dilakukan oleh Najib sendiri.

Disamping itu, kerajaan harus memberi jaminan bahawa mereka akan bertindak membebankan rakyat seperti ‘tidak akan caj tol’ setelah EDL itu diambilalih.

“Dato Chua Jui Meng juga berkata, ada kontraktor memberitahu bahawa kos membina EDL dijangka cuma perlu RM0.16 billion, tapi MRCB kata RM1.3 billion. Rakyat berhak tahu mana duit berlebihan dah pergi.

“PM mesti bagi orang ramai tahu, berapa subsidi dan pinjaman berfaedah rendah telah dibagikan oleh kerajaan ke atas projek ini dan mana beradanya bon Islam sebanyak RM1.0 billion yang diisu oleh MRCB,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jabatan Pilihanran Negeri (JPRN) Johor, Steven Choong berkata, kempen mengumpul tandatangan “Tolak EDL” nyata membuahkan hasil dan berjaya memberi tekanan kepada kerajaan.

“Ini dapat menjimat orang ramai sebanyak RM620 ribu setiap hari (andaikan ada 50,000 buah kenderaan pergi balik setiap hari),” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Siasat Akaun EDL – Chua Jui Meng"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini