Simbah Cat Merah : Petanda Kuasa ‘Syaitan’ Akan Berakhir
Posted by Unknown on 25 September 2012 | 0 komen pembaca
GELANG PATAH – Ramai pihak menyuarakan kekesalan berhubung insiden simbah cat ke atas billboard milik PAS Kawasan ini di premisnya, di Kampung Ulu Pulai, dekat sini.
Bagi Normala Sudirman, Penyelia Pusat Aduan Rakyak (PAR) Pemanis berkata kebobrokan pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa nyata bakal berakhir dan saat-saat kehancuran itu sudah menampakkan riaknya berikutan dengan isu ini.
"Kami menolak ‘budaya samseng dan politik tidak matang’ di Johor khususnya dan juga Malaysia. Tunggulah saat kehancuranmu wahai… (Syaitan yang dikenali ke?)” katanya lagi.
Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood menyarankan agar Pakatan Pembangkang menubuhkan satu unit Khas bagi membendung provokasi seperti ini dan tidak hanya bergantung kepada pemantauan pihak berkuasa.
"”Kita tak perlu harapkan Polis, Hishamuddin dalam menangani isu sebegini lagi (buat tambah marah ke PDRM aje. Mereka diarah majikan).
"Semoga PAS dan PR tubuhkan unit khas untuk mengawasi dan bertindak cepat tepat bagi hadapi pelbagai kejadian di masa depan,” katanya lagi.
Pun begitu, berlainan pula nada Mohd Nazri, Ketua AMK PKR Johor, pihaknya mempersoalkan tindakan ini adakah ia didalangi oleh satu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).
Hal ini kerana menurut blog AMK Gelang Patah didakwa sebelum kejadian, salah seorang ahli PAS telah menerima ugutan dari pimpinan NGO terbabit agar menurunkan semua bendera parti Islam itu.
"Apakah benar Perkasa dalang disebalik perbuatan khianat terhadap Markas PAS Gelang Patah?” tanyanya menerusi laman rasmi Facebooknya.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Simbah Cat Merah : Petanda Kuasa ‘Syaitan’ Akan Berakhir"
Leave a reply