Himpunan Hijau Lestari Pengerang Bukti Rakyat Mampu Berdemo Secara Aman
Posted by Unknown on 1 Oktober 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ummu Aifaa
PENGERANG - Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang berlangsung semalam merupakan bukti bahawa rakyat Malaysia mampu berdemonstrasi secara aman jika tiada provokasi dari pihak luar. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja himpunan tersebut, saudari Anis Afida Mohd Azli, dalam sesi temu ramah bersamanya.
Katanya, “Rakyat Malaysia membuktikan kematangan mereka sewaktu berdemonstrasi semalam. Tiada pergaduhan berlaku, tiada laporan kerosakan harta awam dan tiada kecederaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah memberi kebenaran kepada kami berhimpun dan membantu kami mengawal keadaan.”
Apabila ditanya mengenai perbezaan Himpunan Hijau dengan demonstrasi yang pernah dijalankan sebelum ini, ulasnya, “Perbezaan ketara yang dilihat kali ini adalah tiada provokasi dari pihak berkuasa mahupun orang ramai yang berhimpun.”
Perhimpunan yang berlangsung di Dataran Sungai Rengit, Pengerang itu bertujuan membantah Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di kawasan seluas 2,600 hektar di Pengerang, Kota Tinggi bawah kendalian Petronas.
Projek bernilai RM60 billion itu telah pun mendapat kelulusan dari Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA). Walau bagaimanapun, penduduk di kawasan Pengerang bimbang projek tersebut akan menjejaskan alam sekitar, ekonomi serta kesihatan orang ramai
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Himpunan Hijau Lestari Pengerang Bukti Rakyat Mampu Berdemo Secara Aman"
Leave a reply