BlogList Malaysia

Selatan Online

Rapid Pengerang: Salahuddin Pelawa MB Johor Dialog

Posted by Unknown on 4 Oktober 2012 | 0 komen pembaca


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengulangi pendiriannya mempelawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman agar berdialog secara terbuka berhubung isu pengambilan tanah di 10 kampung tradisi di Pengerang, bagi memberi laluan kepada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).

Menurutnya, hanya Menteri Besar Johor yang mempunyai kelayakan menjawab sebab tanah rakyat diambil bagi membangunkan projek Rapid.

Katanya, "saya tetap dengan pendirian saya bahawa isu itu melibatkan pengambilan tanah, jadi orang betul untuk memberi kenyataan adalah Menteri Besar."

"Jadi, saya mengajak berdebat atau berbahas atau berdiskusi atau berdialog, saya nak tahu kenapa kampung tradisi itu diambil bukannya tanah kerajaan.

"Kalau nak kata laluan kapal, tanah kerajaan di Pengerang juga dekat dengan laluan kapal itu, jadi apakah sebabnya tanah 10 kampung tradisi itu perlu diambil," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengajak Salahuddin berdebat mengenai isu itu.

Namun Salahuddin telah menolak dan menyatakan niatnya untuk berdebat dengan Abdul Ghani bagi menyelesaikan isu tersebut.

Semalam, Azalina sekali lagi mempelawa Naib Presiden Pas itu untuk berdebat dengannya.

Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, perjuangannya sekarang adalah di tahap menghalang tanah rakyat diambil.

Tambahnya, isu pengambilan tanah akan diselesaikan terlebih dahulu dan isu-isu lain akan diselesaikan selepas mendapat kenyataan daripada Menteri Besar Johor

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Rapid Pengerang: Salahuddin Pelawa MB Johor Dialog"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini