BlogList Malaysia

Selatan Online

Pro Canselor UTM Diiktiraf

Posted by Unknown on 28 November 2012 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU - Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai warganegara Malaysia paling senior pernah menjejakkan kaki ke Everest Base Camp (EBC) di Nepal, 12 November lalu.

Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, 72, yang disertai dua kakitangan UTM dan lima mahasiswa berjaya tiba di EBC pada ketinggian 5,365 meter dari aras laut sekitar jam 10.50 pagi waktu Nepal selepas memulakan perjalanan selama lapan hari.

Kejayaan beliau itu disahkan menerusi surat yang dikeluarkan oleh Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah.

Salleh bersama kumpulannya berlepas ke Nepal 2 November lalu untuk mendaki Lobuche Peak (6,135m) dan Islan Peak (6,189m).

Mahasiswa yang terlibat ialah penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Azim Afif Ishak, 23; Anis Zulaikha Zabani, 22, (Ijazah Sarjana Pangkalan Data); Nur Fadzillah Nawawi, 20, dan Mohammad Syafiq Ab Rashid, 20, (Ijazah Sarjana Muda Petroleum) serta Siti Norizati Azmi, 20, (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan).

Menceritakan kembali pengalamannya, Salleh berkata, kejayaan itu merupakan hasil doa dan sokongan keluarga, Kementerian Pengajian Tinggi, UTM, serta penaja.

Menurutnya, perjalanan dan pendakian ke EBC meluaskan pengalamannya berikutan pelbagai cabaran terpaksa dihadapi sepanjang berada di kaki gunung tertinggi di dunia itu.

“Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi untuk EBC, namun Alhamdulillah saya bersama dua warga UTM serta lima mahasiswa berjaya tiba ke sana.

“Sebelum ke sana, saya kerap ke gimnasium dan berenang tiga kali seminggu bagi mendapatkan kecergasan. Tambahan pula, apabila di kaki Gunung Everest, saya dibantu oleh warga UTM lain yang turut sertai ekspedisi ini termasuk seorang sherpa,” katanya kepada Sinar Harian ketika temui, di sini, semalam.

Salleh berkata, pengalaman di EBC akan dikongsi seterusnya dibukukan dan diterbit pada masa akan datang.

“Antara cerita menarik yang akan dicoretkan adalah saat-saat sukar pada hari terakhir apabila jari jemari saya menjadi beku, manakala kaki pula kesejukan.

“Pengalaman ini amat mencabar dan ia tidak sama seperti ekspedisi saya ke Antartika bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang berkata, kejayaan Pro Canselor UTM itu mampu memberi suntikan semangat kepada warga kampus khususnya mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan mendaki gunung yang semakin digemari oleh rakyat di negara ini.

“Pemergian mahasiswa ini ke sana adalah untuk menjalankan penyelidikan projek akhir mengikut keperluan jurusan yang diambil.

“Malah program pendakian ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan lima mahasiswa UTM terlibat untuk menawan puncak Everest pada tahun 2014,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pro Canselor UTM Diiktiraf"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini