13 Mei : Jangan TakutkanRakyat – ‘Melayu Hilang Kuasa’
Posted by Unknown on 17 Disember 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
NUSAJAYA – YB Mohammad Taslim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani menyelar kerajaan UMNO-BN yang cuba mencipta dakyah bahawa peristiwa ‘peristiwa 13 Mei akan berulang’ dan Melayu hilang kuasa’ terhadap rakyat.
Dalam masa yang sama, katanya lagi, adalah suatu yang tidak adil menuduh pembangkang dengan pelbagai tohmahan yang mengarutkan.
Hal ini kerana katanya, pakatan pembangkang yang diberi mandat menjadi wakil rakyat turut berperanan membangunkan negara ini.
”Tidak perlu ditakutkan rakyat dengan ‘peristiwa 13 Mei akan berulang’, “Melayu hilang kuasa”.
”Juga tidak adil jika dikatakan pembangkang menipu rakyat, sabotaj perkembangan ekonomi, cakap sini lain, sana lain.
”Kita bersama menjadi wakil rakyat untuk rakyat demi agama, bangsa dan Negara.
Marilah kita didik rakyat menghormati proses yang mengikut semangat perlembagaan Malaysia,” katanya lagi.
Mohammad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada perbahasan ucapan Bajet 13 di Dewan Undangan Negeri (DUN), dekat sini, baru-baru ini.
Terdahulu, dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan tahniah diatas kejayaan Kerajaan Negeri Johor yang berjaya membentangkan Bajet yang bertemakan ‘Mensejahterakan Rakyat 2013′.
Dengan nada sinikal beliau beranggapan, Bajet 13 merupakan hadiah yang bermakna buat kerajaan ‘menanti’ apabila diberi kepercayaan rakyat untuk mentadbir Nusajaya kelak.
”Satu belanjawan lebihan sebanyak RM4.402 juta, berbanding lebihan RM1.21 juta tahun 2012.
”Alhamdulillah, Kerajaan Johor telah dapat memastikan Johor tidak muflis menjelang 2012 seperti amaran yang kami beri ketika kedudukan kewangan Kerajaan Johor nampak membimbangkan dahulu.
”Inilah hadiah terbaik untuk kerajaan yang akan memerintah selepas PRU13 nanti. Dalam demokrasi rakyatlah yang berkuasa memilih,” katanya lagi.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "13 Mei : Jangan TakutkanRakyat – ‘Melayu Hilang Kuasa’"
Leave a reply