BlogList Malaysia

Selatan Online

PAR Permas Guna Teknik Baru Sampaikan Maklumat

Posted by Unknown on 17 Disember 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_Bacoks

PASIR GUDANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas mengorak langkah kehadapan dengan mengadakan teknik baru dalam penyampaian maklumatnya dan kenderaan pacuan 4 roda digunakan bagi tujuan itu.

Menurut Setiausahanya, Abusiraj Almuner, Pakatan Rakyat khususnya Pas sekian lama menyampaikan mesej penerangan semasa melalui ceramah kebiasaannya disamping memiliki akhbar bagaimanapun penerbitannya adalah terhad.

Malah, katanya lagi, Segala saluran sejak dulu tidak dibenarkan dan ditutup rapat hingga dibataskan oleh ‘syaitan’ dikenali agar maklumat serta penerangan tidak sampai kepada rakyat.

“Tidak seperti parti pemerintahan UMNO BN yang menguasai media cetak dan elektronik tanpa batas digunakan untuk kepentingan mereka hingga diperkudakan untuk menghentam dek musuh hingga lunyai demi kesempitan idology politik mereka.

Sebentar tadi mengunakan keadah baru Pas kawasan Pasir gudang mengorak langkah mengadakan ceramah bergerak Pakatan rakyat diatas kenderaan 4 roda.Diadakan di pasar malam Taman rinting bermula pukul 7.30 malam tadi dengan ceramah dimulakan dengan bakal calon Dun Permas Syed Othman Abdullah.

Antara yang berceramah termasuklah wakil PKR pasir gudang Jimmy Puah dan ketua pemuda DAP Negeri Johor Tan hong ping.Ini adalah yang kali kedua ceramah umpama ini diadakan oleh PAS kawasan Pasir gudang sebelumnya ia dimulakan pertama kalinya di pasar malam taman mawar.

Difahamkan, pada program yang sama, petugas parti bergerak ke sekitar pasar malam untuk mengedarkan kad calon kepada pengunjung serta peniaga di pasar malam tersebut.

“Sambutan yang diterima dari masyarakat sebentar tadi menampakkan mood rakyat yang berbeza sekiranya dibandingkan dengan dahulu.

“Program ceramah bergerak ini akan diteruskan di destinasi tapak pasar malam yang sudah dirancang hingga bubarnya parlimen Malaysia nanti,” katanya dalam satu kenyataan

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "PAR Permas Guna Teknik Baru Sampaikan Maklumat"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini