BlogList Malaysia

Selatan Online

Isu Dakwaan Musa : Lagi Laporan Polis Dibuat

Posted by Unknown on 17 Disember 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_Bacoks

MERSING – Laporan Polis bertalu-talu telah dibuat berhubung dakwaan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara terhadap Dato’ Seri Hishamudin Tun Hussein yang dikatakan campur tangan dalam urusan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terbaru, PAS Kawasan Mersing melalui Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Kawasan bersama Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Endau, Ustaz Azam Abdul Razak membuat laporan di Balai Polis Daerah Mersing, dekat sini, baru-baru ini.

“Sebagaimana dakwaan yang buat oleh Tan Sri Musa dalam sidang media tempohari dan terbaru semalam, Beliau mendakwa Menteti Dalam Negeri memberikan arahan kepada seorang pegawai Plois Junior di luar pengetahuan beliau, dan dalam kes lain pula Dato Seri Hisyamuddin telah memberikan arahan terus kepada seorang Ketua Polis Daerah.

“Tindakan ini adalah amat bertentangan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis ( 1967 yang mengatakan bahwa arahan dan kawalan pihak adalah oleh Ketua Polis Negara dan bukannya Menteti Dalam Negeri.

“Kami desak Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hisyamuddin meletak jawatan dan suatu disiasatan terbuka dilakukan oleh kerajaan, demi menjaga nama baik dan imej pihak berkuasa tersebut,” demikian bunyi laporan yang dibuat.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Isu Dakwaan Musa : Lagi Laporan Polis Dibuat"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini