BlogList Malaysia

Selatan Online

DAP Johor Jaya Sedia Hadapi PRU-13

Posted by Unknown on 29 Disember 2012 | 0 komen pembaca


 Oleh: Abusiraj Almuner

JOHOR JAYA : DAP Johor Jaya mengorak langkah mendepani sebagai persediaan menghadapi PRU13 dengan pembukaan bilik gerakan pertama mereka di Dun Johor Jaya.Keseriusan dan keazaman yang tinggi serta iltizam untuk menyantuni masyarakat,memberi khidmat serta menyalurkan maklumat bagi masyarakat bebilang bangsa di dun johor jaya adalah natijahnya.

Tarikh 28 disember 2012 adalah tarikh keramat bagi setiap Masyarakat dun Johor Jaya khususnya penduduk plentong yang telah sekian lama menanti kehadiran sebuah parti yang benar-benar boleh memberikan saingan pada Parti komponen BN-MCA yang sekian lama mendominasi kawasan tersebut.

Semalam Majlis Pembukaan Rasmi Bilik gerakan Dap Johor Jaya di Jalan Matahari Taman plentong baru telah disempurnakan oleh gabungan pemimpin pakatan Rakyat.Antara yang hadir kepimpinan DAP Negeri dan pusat termasuk Anthony loke ahli parlimen rasah yang juga ketua pemuda Dap pusat,Liew chin Tong Ahli parlimen Bukit bendera,Tan Kok Wai Ahli parlimen Cheras yang juga timbalan pengerusi Dap pusat,Pengerusi DAP Negeri Johor Dr Boo cheng Hau yang juga ADUN Skudai,Steven Choong, Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat serta Syed Othman Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Negeri Johor.

Majlis yang dimulakan dengan pemotongan ribben perasmian yang dilakukan serentak oleh kesemua pemimpin pakatan rakyat dan penyerahan bendera DAP sebagai simbolik kepada pengerusi bilik gerakan Dap Johor Jaya, Liow Cai Tung yang disampaikan oleh Pengerusi Dap Negeri, Dr Boo Cheng Hau.

Di dalam ucapan pembukaannya,Dr Boo menegaskan bahawa sepakatan yang telah dibina sekian lama menjadi kekuatan antara 3 parti didalam pakatan rakyat khususnya negeri Johor.Sepakatan ini adalah ramuan terbaik bagi pakatan rakyat bagi mencapai matlamat dan hasrat ke Nusajaya.Beliau mengingatkan kepada hadiri bahawa pemimpin yang bermoral,telus serta berintregeti adalah model terbaik yang hanya ada pada pemimpin pakatan rakyat.Beliau berseloroh mengajak rakyat dengan slogan 'Jom ubah' bagi menukar kerajaan baru pada PRU13 bagi memberikan masa depan yang terbaik pada generasi yang akan datang.

Dalam ucapan Tan Kok Wai,Timbalan Pengerusi DAP Pusat itu berkata beliau bangga dengan DAP Johor kerana mempunyai visi yang jauh dalam melakukan gerakerja bagi menawan hati rakyat dan percaya bahawa Dap Johor jaya mampu untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

PAS telah diwakili oleh Pengerusi
Pusat Aduan Rakyat Permas, Syed Othman Abdullah yang memang namanya sinonim dengan masyarakat cina kerana sentiasa mewarnai media cetak bebahasa cina kerana isu rakyat yang diperjuangkan,apabila beliau mula memberi ucapan,beliau telah mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada masyarakat cina.Dalam ucapannya beliau menegaskan PAS sentiasa bersama dalam pakatan rakyat hatta bersama masyarakat Cina dan India bagi menegakkan keadilan dan keadilan yang dibawa oleh Islam itu indah,dimana ia tidak mengira bangsa dan agama.

Pembukaan bilik gerakan DAP ini adalah satu tamparan yang hebat buat parti komponen BN sekutu kuat kepada Parti Nasionalis Melayu.Lokasi bilik gerakan DAP ini terletak berhampiran dengan bilik gerakan MCA.lokasi ini jugalah kubu kuat Mca dimana deretan kedai disitu satu ketika dahulu adalah penyokong tegar MCA dan menjadi tempat perjumpaan AJK Tertinggi MCA bahagian sehingga kini.Dilokasi ini jugalah Najib pernah singgah minum kopi bersama masyarakat cina dan dilokasi ini jualah tempat berkumpulnya YB Johor Jaya,Tan Chek Puk bersantai bersama penyokongnya.

Kehadiran masyarakat Cina pada majlis semalam sungguh luar biasa termasuk masyarakat melayu dan india juga turut hadir memberi sokongan.kehadiran ini membuktikan bahawa rakyat sudah menolak UMNO-BN serta sekutunya.

Apa yang menarik dikubu kuat MCA pun majlis Pakatan Rakyat mendapat sambutan.Akhirnya kita tunggu pembubaran parlimen,untuk kita kuburkan UMNO-BN dan adik-beradiknya.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "DAP Johor Jaya Sedia Hadapi PRU-13"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini