BlogList Malaysia

Selatan Online

PAR Parit Sulong Sedia Berkhidmat Untuk Rakyat

Posted by Unknown on 29 Disember 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_Bacoks

PARIT SULONG – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Sulong, Ustaz Ahmad Rosdi Bahari mempunyai keazaman tinggi ingin memberi khidmat terbaik buat rakyat sekitar Parlimen ini.

Menurut Setiausaha PAR Johor, Abusiraj Almuner, Ahmad Rosdi berkesempatan meluangkan masa menadah ilmu daripada Syed Othman yang terkenal aktif memperjuangkan nasib rakyat negeri ini.

“(Dia) sanggup melapangkan masa untuk sampai ke Johor bahru dari Batu pahat semata-mata ingin mencari pendedahan dengan bimbangan serta tunjuk ajar dari Penyelia PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah.

“Beliau telah dibawa ke Biro pengaduan awam (BPA)bagi merasai sendiri pengalaman bagaimana membuat aduan permasalah rakyat kepada BPA,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, PAR Johor diasaskan katanya, adalah untuk mendekati serta menyulami permasalahan rakyat dari segala aspek kehidupan.

Disamping itu, ia berfungsi memberi khidmat kepada berbagai lapisan masyarakat agar masalah rakyat itu didengari.

“Sekiranya penyelia PAR seluruh Johor memberikan komitmen yang tinggi terhadap gerak kerja PAR, tidak mustahil ia boleh memberi kepercayaan dan sokongan Rakyat marhaen kepada PAR khususnya PAS kerana ia bukan sahaja terlibat menyelesaikan masalah rakyat.

“Malah, ia juga merangkumi kebajikan rakyat keseluruhannya tidak kira idelogy politik,bangsa dan agama,” jelasnya lagi.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "PAR Parit Sulong Sedia Berkhidmat Untuk Rakyat"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini