BlogList Malaysia

Selatan Online

DHPP Anjur Penerangan Untuk Masyarakat India Di DUN Permas

Posted by Unknown on 23 Disember 2012 | 0 komen pembaca


 Oleh: Abusiraj Almuner
PERMAS: PAS tidak pernah mengamalkan sikap perkauman dan etnik tidak seperti parti keramat penjuara sang melayu UMNO yang menjadi teras pemerintahan.Dewan Himpunan penyokong PAS (DHPP) menjadi buktinya sebagai sayap parti pas untuk memperkenalkan keindahan Islam itu daripada dikelirukan oleh segerombolan pencacai UMNO yang mereka sendiripun keliru tentang ajaran Islam sebenar.

Satu program ceramah Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Johor dengan kerjasama Pas kawasan pasir gudang telah diadakan di jalan bayan 22,Kota Putri Masai,dun permas jaya.Ceramah bergerak diatas kenderaan 4 roda itu yang dinamakan ceramah hit dan run yang telah diperkenalkan baru-baru ini oleh pemuda pas pasir gudang ternyata menjadi popular di sekitar pasir gudang.

Ceramah yang dipengerusikan oleh Eddy Lois (Pengarah MTD permas) selaku pengerusi majlis bahasa Melayu dan saudara Bala berbahasa tamil itu mendapat sambutan mengalakkan dari penduduk berbangsa India sekitar taman kota putri.Mereka datang menunjukkan sokongan padu mereka terhadap PAS terutama bakal Calon dun permas,Tuan syed Othman Abdullah yang mereka kenali sekian lama dan telah banyak membantu mereka menyelesaikan banyak masalah mereka disitu.

Penceramah yang berceramah semalam termasuklah Timbalan Pengerusi DHPP pusat Saudara Balasubramanian,Saudara Singan Setiausaha DHPP Johor,Cikgu Nadar pengerusi DHPP Johor dan saudara Syed Othman sendiri.

Tepukan dan sorakan kedengaran apabila Syed Othman dan Cikgu Nadar mula berceramah.Apabila mereka menerangkan Pakatan Rakyat akan menuju Ke putrajaya dan merampas tampuk pemerintahan melalui PRU13 tepukkan gemuruh dan sorakan semakin kuat.Ini jelas menunjukkan mood masyarakat India juga mahu perubahan dan jalan-jalan ke putrajaya semakin dekat.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "DHPP Anjur Penerangan Untuk Masyarakat India Di DUN Permas"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini