BlogList Malaysia

Selatan Online

28 Kubur Islam Telah Dipindah Untuk Rapid Pengerang

Posted by Unknown on 22 Disember 2012 | 1 komen pembaca


Oleh: Zaaba Abdul Samad
PENGERANG: Tindakan memindahkan perkuburan Islam untuk projek RAPID Pengerang telah mula dilaksanakan pada 21hb Disember 2012. 22 buah kubur daripada 28 buah kubur Islam tanpa waris Kampung Jawa Laut telah dipindahkan ke tapak perkuburan Islam baru di Kampung Punggai Pengerang.

Segala tulang-tulang telah dipindahkan untuk dikebumikan ke tapak perkuburan Islam Kampung Punggai Pengerang (tapak perkuburan Islam yang baru).Siasatan oleh sekumpulan jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang yang diketuai oleh Zaaba bin Abdul Samad pada jam 5 petang di lokasi perkuburan Islam Kampung Jawa Laut mendapati kerja-kerja penggorekan dan Pengumpulan tulang-tulang telah pun disempurnakan. Dalam pertemuan dengan wakil Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), En. Mohammad Noor Bin Salleh.

Pihak NGO dimaklumkan oleh beliau bahawa kerja-kerja untuk proses perpindahan telah pun mengikut semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Ugama Islam Negeri Johor.Antara syarat-syarat berkenaan satu siaran pengumuman di dalam media telah dibuat untuk perihatian waris-waris sekiranya ada. satu pengumuman juga telah dibuat melalui Masjid Kampung Jawa selepas sembahyang Jumaat. Pada 14 Disember 2012 yang lalu.

Sebelum melaksanakan proses mengorek, pihak-pihak wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor, Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi, PDRM, Jabatan Kesihatan Kota Tinggi dan ketua kampung telah hadir bersama. Upacara telah pun dimulakan dengan bacaan doa dan setiap daripada pekerja yang membuat kerja-kerja mengorek dan mengkebumikan semula segala tulang-tulang si mati diwajibkan berpakaian sopan dan melaksanakan kerja di bawah pemantauan yang rapi.


Walaubagaimanapun, pihak NGO juga mendapat maklum balas daripada penduduk-penduduk Kampung Punggai yang melahirkan rasa tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal. Mereka menyatakan bahawa isu perpindahan perkuburan daripada kampung-kampung yang terlibat untuk projek RAPID telah pun dibuat bantahan pada bulan September 2012. Bantahan juga turut dibuat oleh ketua-ketua kampung yang terlibat dengan perpindahan seperti Kampung Sungai Kapal, Teluk Empang, Kampung Jawa dan Sungai Buntu.

Isu bantahan tersebut telah pun disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 8hb September 2012. Sehubungan itu, penduduk-penduduk Kampung Punggai mendesak pihak-pihak tertentu yang berkaitan memberikan maklum balas terlebih dahulu terhadap bantahan yang telah dibangkitkan oleh mereka.

Bagi pihak NGO Pengerang, segala isu yang dibangkitkan oleh penduduk-penduduk setempat hendaklah diberikan perhatian dan penyelesaian kepada permasaalahan tersebut dibuat secara mengadakan sesi dialog awam. Pihak NGO Pengerang juga dimaklumkan oleh penduduk-penduduk Kampung Punggai bahawa tapak perkuburan yang baru telah menjejaskan kawasan ladang yang diusahakan oleh mereka melalui koperasi akibat kerja-kerja penambakan tanah.
* Penulis merupakan setiausaha NGO Pengerang



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "28 Kubur Islam Telah Dipindah Untuk Rapid Pengerang"

  1. aidono says:

    huhh! kalau dengan ameno ni bukan sahaja yang hidup dihalau drp kampung atas nama pembangunan, tapi yang dah matipun akan tidak boleh aman dalam kubur2 mereka. Nak maju kena ada "perubahan" ubah kubur. Bukan ubah laluan jalan (kalau bina jalan. Bukan ubah pemikiran cara nak maju. Ada masjid, masjid pun akan diroboh demi kemajuan.

    Alahai ... maju ala ameno

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini