28 Kubur Islam Telah Dipindah Untuk Rapid Pengerang
Posted by Unknown on 22 Disember 2012 | 1 komen pembaca
Oleh: Zaaba Abdul Samad
Segala tulang-tulang telah dipindahkan untuk
dikebumikan ke tapak perkuburan Islam Kampung Punggai Pengerang (tapak
perkuburan Islam yang baru).Siasatan oleh sekumpulan jawatankuasa
Gabungan NGO Pengerang yang diketuai oleh Zaaba bin Abdul Samad pada jam 5
petang di lokasi perkuburan Islam Kampung Jawa Laut mendapati
kerja-kerja penggorekan dan Pengumpulan tulang-tulang telah pun
disempurnakan. Dalam pertemuan dengan wakil Johor Petroleum Development
Corporation Berhad (JPDC), En. Mohammad Noor Bin Salleh.
Pihak NGO dimaklumkan oleh beliau bahawa kerja-kerja
untuk proses perpindahan telah pun mengikut semua syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Ugama Islam Negeri Johor.Antara
syarat-syarat berkenaan satu siaran pengumuman di dalam media telah
dibuat untuk perihatian waris-waris sekiranya ada. satu pengumuman juga
telah dibuat melalui Masjid Kampung Jawa selepas sembahyang Jumaat. Pada
14 Disember 2012 yang lalu.
Walaubagaimanapun, pihak NGO juga mendapat maklum
balas daripada penduduk-penduduk Kampung Punggai yang melahirkan rasa
tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan lebih awal. Mereka
menyatakan bahawa isu perpindahan perkuburan daripada kampung-kampung
yang terlibat untuk projek RAPID telah pun dibuat bantahan pada bulan
September 2012. Bantahan juga turut dibuat oleh ketua-ketua kampung yang
terlibat dengan perpindahan seperti Kampung Sungai Kapal, Teluk Empang,
Kampung Jawa dan Sungai Buntu.
Isu bantahan tersebut telah pun disiarkan di dalam
akhbar Sinar Harian pada 8hb September 2012. Sehubungan itu,
penduduk-penduduk Kampung Punggai mendesak pihak-pihak tertentu yang
berkaitan memberikan maklum balas terlebih dahulu terhadap bantahan yang
telah dibangkitkan oleh mereka.
Bagi pihak NGO Pengerang, segala isu yang
dibangkitkan oleh penduduk-penduduk setempat hendaklah diberikan
perhatian dan penyelesaian kepada permasaalahan tersebut dibuat secara
mengadakan sesi dialog awam. Pihak NGO Pengerang juga dimaklumkan oleh
penduduk-penduduk Kampung Punggai bahawa tapak perkuburan yang baru
telah menjejaskan kawasan ladang yang diusahakan oleh mereka melalui
koperasi akibat kerja-kerja penambakan tanah.
* Penulis merupakan setiausaha NGO Pengerang
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
huhh! kalau dengan ameno ni bukan sahaja yang hidup dihalau drp kampung atas nama pembangunan, tapi yang dah matipun akan tidak boleh aman dalam kubur2 mereka. Nak maju kena ada "perubahan" ubah kubur. Bukan ubah laluan jalan (kalau bina jalan. Bukan ubah pemikiran cara nak maju. Ada masjid, masjid pun akan diroboh demi kemajuan.
Alahai ... maju ala ameno