BlogList Malaysia

Selatan Online

Kajian Semula AES di Lebuhraya

Posted by Unknown on 31 Disember 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: 
Cr. Lukman Moidin & ShahfaliqTeo

Polemik AES amat perlu mendapat perhatian kerajaan lebih-lebih lagi ianya semakin menjadi ‘senjata makan tuan’. Walaupun tujuan AES dan saman ekor adalah untuk ‘mengawal had laju’ tetapi terdapat kesan ‘kurang bijak’ dalam kaedah dan perlaksanaan yang menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan orang ramai. Malah terdapat pihak tertentu kini menggunakan isu ini dengan ‘bijak’ melalui stiker kenderaan ‘1 saman ekor, 1 undi protes’.

Mengapa pandangan NGO seperti CEUPACS tidak diendahkan oleh pihak berkuasa dalam isu AES? Dalam isu ini saya tidak menentang tujuan baik oleh penguatkuasa undang-undang, tetapi isu utama ialah cara dan kaedah pemasangan AES di lebuhraya berbayar perlu dinilai semula.

Kita perlu melihat dan menilai iklan rakaman kemalangan yang ditayangkan di television baru-baru ini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebagai usaha menyakinkan pengguna keperluan pemasangan AES di negara kita. Agak menarik dan perlu diberikan fokus ialah semua rakaman kemalangan di dalam rakaman CCTV tersebut adalah berlaku di ‘lampu isyarat’.

Timbul tandatanya mengapa perlu AES di pasang di lebuhraya? Bukti rakaman itu pun sudah menjawab keperluan AES adalah di semua persimpangan lampu isyarat. Stastik kemalangan juga membuktikan secara jelas bahawa kadar kemalangan setiap hari di lebuhraya amatlah kurang kerana tahap keselamatan dan keselesaan memandu di lebuhraya agak tinggi berbanding di jalan persekutuan atau jalan negeri. Malah jika statistik ini diambil kira, pihak berkuasa sepatutnya memasang lebih banyak AES di jalan persekutuan dan jalan negeri...BUKAN DI LEBUHRAYA!

Rakyat pasti tidak akan membantah jika pihak berkuasa memasang AES di persimpangan lampu isyarat di seluruh negara. Melanggar lampu isyarat adalah pelanggaran undang-undang sejagat dan tidak patut dimaafkan. Namun ‘pelanggaran had kelajuan’ dilebuhraya perlu dilihat dalam konteks yang berbeza.

Jika kata-kata ‘kelajuan itu membunuh’ diambil sebagai asas, maka lebuhraya kita sepatutnya tidak memerlukan ‘lorong pandu laju’ atau lorong memotong. Malah kenderaan membawa pemimpin yang diiringi peronda khas juga harus mematuhi had kelajuan biasa kerana dikhuatiri pemimpin akan maut akibat ‘kelajuan melampau’. Pemandu kereta ambulan dan bomba juga perlu berasa bimbang kemungkinan akan maut kerana mengejar masa.

Namun jika pihak berkuasa masih lagi melihat keperluan AES di lebuhraya, kita mencadangkan peraturan agar setiap kenderaan yang direkacipta dan dipasarkan di negara kita mempunyai had kelajuan setakat 110km sejam sahaja..!

Untuk mengatasi kemalangan maut pula (yang kononnya amat tinggi di lebuhraya), maka AES hendaklah dipasang di sepanjang lebuhraya dalam jarak setiap satu kilometer..!

Sebagai pengguna lebuhraya berbayar, kita harus membaca psikologi pengguna lebuhraya yang memandu melebih 110 hingga 140km sejam. Selain mengatasi masalah mengantuk, pemandu juga mempunyai keinginan menekan minyak sesuai dengan kapasiti enjinnya. ‘Kelajuan’ adalah perkara subjektif yang ‘sukar dikawal’ secara semulajadi apabila pemandu melihat lebuhraya yang luas dan selamat berbanding memandu di jalan biasa. Saya fikir kelajuan di dalam batas sempadan tertentu harus dilonggarkan sesuai dengan keadaan lebuhraya kita.

Dalam masa yang sama agensi penguatkuasa perlu menumpukan soal keselamatan asas kenderaan seperti tayar botak, sistem brek, lampu kenderaan dan masalah lain yang disetiap kenderaan. Penumpuan khusus perlu diberikan kepada penyelenggaraan jalan persekutuan dan negeri yang kebanyakkannya tidak diuruskan dengan baik. Selain jalan-jalan ini yang sempit dan tidak lurus, perkara asas yang cukup berbahaya ialah ‘garisan putih’ yang sudah pudar.

Sepatutnya pihak berkuasa perlu memberikan keutamaan kepada kemudahan ini kerana kajian yang tidak didedahkan kepada umum ialah faktor kadar kemalangan tinggi di jalan biasa banyak melibatkan keadaan laluan ini yang berbahaya dan tidak diselenggara dengan sewajarnya. Menariknya sejak dahulu dan kini, pihak berkuasa sering mendendangkan lagu yang sama.. "punca kemalangan adalah kecuaian pengguna", hingga kita selalu terlupa bertanya tugas sebenar mereka dalam soal-soal asas keselamatan di jalan raya yang sepatutnya menjadi keutamaan mereka.




**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Kajian Semula AES di Lebuhraya"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini