BlogList Malaysia

Selatan Online

Berubah Untuk Johor Yang Lebih Maju Dan Berkebajikan

Posted by Unknown on 31 Disember 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Seenja

GELANG PATAH – Pakatan Rakyat negeri Johor sekali lagi berjaya mengadakan Konvoi Jelajah Johor Peringkat Gelang Patah baru-baru ini. Konvoi yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang itu telah berhenti di beberapa buah tempat di sekitar DUN Nusajaya untuk mengedar risalah suara PAS dan Pakatan Rakyat.

Antara tempat yang menjadi persinggahan konvoi ini adalah bangunan kedai Taman Pulai Indah, Pasar Taman Sri Pulai, Pasar Taman Universiti dan Perumahan Paya Mengkuang. Konvoi ini disertai oleh 50 orang ahli PAS kawasan Gelang Patah dan ahli PKR. 20 buah kereta dan 15 buah motor yang menyertai konvoi ini; masing-masing mengibarkan bendera PAS dan PKR, dikawal ketat oleh Jabatan Amal Malaysia.

"Rakyat Johor hendaklah berani membuat perubahan untuk Johor yang lebih maju dan berkebajikan!" tegas Tuan Hj. Dzulkefly Bin Ahmad, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor di salah satu tempat persinggahan konvoi.

Selain daripada itu, beliau turut membongkar beberapa kes penyelewengan Barisan Nasional terhadap rakyat seperti kes-kes rasuah di peringkat atasan. Turut hadir pada konvoi kali ini, En. Nazri Ismail sebagai Ketua AMK Johor.

Konvoi yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat jelata yang inginkan perubahan. Maklumat yang terus dan telus kepada rakyat diharap menjadi tunggak perubahan Malaysia untuk PRU 13.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Berubah Untuk Johor Yang Lebih Maju Dan Berkebajikan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini