PR Johor Anjur Sidang Meja Bulat Selesai Isu Pengerang
Posted by Unknown on 30 Disember 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
JOHOR BAHRU: Isu RAPID Pengerang yang hangat diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat turut disertai oleh beberapa NGO bagi mendapatkan hak penduduk Pengerang. Isu Pengerang yang diperjuangkan bukan memprotes pembangunan yang dilakukan tetapi untuk mempertahankan serta mendapatkan hak penduduk yang telah diabaikan akibat rintihan permasalahan penduduk tidak didengari oleh pemerintah.
Satu majlis sidang meja bulat isu Pengerang telah diadakan di Hotel New York petang tadi yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO Gabungan Pengerang untuk mencari resolusi penyelesaian.Majlis ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed. Dalam ucapan yang disampaikan beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak membantah pembangunan tetapi permasalah yang timbul hasil daripada projek tersebut yang tidak mengambil kira kebajikan penduduk.
Anis Afida, Pengerusi Gabungan NGO Pengerang dalam ucapannya berkata isu Pengerang bermula dengan isu nelayan pantai hinggakan kepada timbulnya isu RAPID yang sedang dijalankan.Rentetan daripada projek RAPID inilah bermulanya episod masalahan yang lain timbul hingga menidakkan hak asasi manusia.
Zaaba Abdullah, Ahli Jawatankuasa NGO Pengerang turut berucap dan menceritakan didapati proses pemindahan kubur yang dilakukan oleh pihak kontraktor tidak beradab seolah-olah tidak menghormati waris.
Turut hadir dalam sesi meja bulat ialah Mazlan Aliman, Pengerusi Anak ,Cikgu Normala Sudirman selaku Pengerusi Pendidik, Anis Afida selaku Pengerusi NGO Pengerang,Syed Othman Abdullah selaku Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor dan Abdul Rahman Maidin selaku Pengerusi NGO Peduli Rakyat. Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Suhaizat Kayat selaku Ketua Pemuda PAS Johor,Tan Hong Pin selaku Ketua DAPSY Johor, Hasan Karim selaku Timbalan Pengerusi PKR Johor danYb Er Teck Hwa selaku Ahli Parlimen Bakri.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PR Johor Anjur Sidang Meja Bulat Selesai Isu Pengerang"
Leave a reply