Pakatan Rakyat Komited Isu Pendidikan Masyarakat India
Posted by Unknown on 25 Disember 2012 | 0 komen pembaca
PASIR GUDANG: PAS dan Pakatan Rakyat sangat komited untuk menyelesaikan isu pendidikan masyarakat India. Perkara ini telah ditegaskan oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ketika majlis dialog NGO-NGO India dengan pucuk pimpinan PAS pusat dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Tegas beliau lagi, Pakatan Rakyat akan membawa politik baru kepada rakyat Malaysia dimana keadilan kepada semua kaum akan diperjuangkan.
"Sekarang ini bukan lagi masa untuk politik perkauman mengambil tempat. PAS dan Pakatan Rakyat akan membawa satu politik baru dalam negara ini. Pakatan Rakyat sedar dan komited terhadap isu-isu yang melanda masyarakat India di negara ini"
"Kita menghormati hak beragama, hak berbudaya masyarakat lain di Malaysia ini. Isu pendidikan yang menjadi salah satu isu terbesar masyarakat India telah kita perjuangkan. Oleh kerana itulah kita menyatakan keazaman untuk memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat negara ini", ujar beliau lagi.
Meurut beliau lagi, negara mampu untuk memberikan pendidikan percuma sekiranya diurus tadbir dengan baik. Beliau mengambil contoh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat yang berjaya menambah pendapatan melalui urus tadbir negeri yang cekap dan sifar rasuah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dzulkefly Ahmad yang turut hadir dalam perjumpaan ini menegaskan bahawa PAS telah membawa mesej keadilan kepada semua kaum. Tegas beliau mesej yang dibawa ini bukan soal politik tetapi ia dianjurkan oleh Islam sendiri.
Majlis dialog yang diadakan ini telah berjaya menghimpunkan seramai 200 pemimpin-pemimpin NGO masyarakat India. Turut hadir dalam majlis dialog ini adalah Saudara Balasubramaniam, Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan Cikgu Nadarajan selaku Pengerusi DHHP Negeri Johor.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pakatan Rakyat Komited Isu Pendidikan Masyarakat India"
Leave a reply