Ahmad Maslan Tidak Berani Sahut Cabaran Berdialog
Posted by Unknown on 25 Disember 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn-Bacoks
Menurut, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, pihaknya sudah menjangkakan program yang dijadualkan berlangsung jumaat lepas tidak mendapat sambutan daripada Ahmad memandangkan dialog seumpama ini pernah dianjurkan sebelumnya.
“Sudah dijangka pihak berkaitan (Datuk Ahmad Maslan) tidak berani berhadapan dengan isu roboh blok aktiviti Persatuan Nelayan Pontian. Yang hadir di majjlis dialog semalam hanya pihak Polis, Jabatan Perikanan dan SPRM,” katanya dalam satu kenyataan.
Ibn Bacoks sebelum ini pernah melaporkan Datuk Ahmad Maslan dicabar supaya tidak berselindung lagi dengan pelbagai alasan diatas jemputan dialog para nelayan Pontian yang mahukan sesuatu daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu.
Menurut Dr Ungku Mohd Noor lagi, program itu yang dijadualkan pada hari jumaat lepas hangat kerana pelbagai isu akan diutarakan bagi memberi peluang kepada penyandang kerusi Parlimen Pontian itu untuk menjawabnya.
Majlis yang diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan dijangka akan membangkitkan isu seperti perebutan dan meroboh blok bangunan aktiviti nelayan dan keluhan pantai Sanglang laut.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Ahmad Maslan Tidak Berani Sahut Cabaran Berdialog"
Leave a reply